Sebuah berita baik buat rakyat Malaysia apabila didapati sebuah kajian dari University of Technology and Design (SUTD), Singapura meramalkan penularan wabak COVID-19 yang menjejaskan pelbagai pihak bakal berakhir seawal 6 Mei ini.
Menurut SUTD, data yang dikeluarkan oleh SUTD Data-Driven Innovation Lab pada Jumaat lalu ini menggunakan model susceptible-infected-recovered (SIR) beserta jangkaan diatas graf.
KISAH KEHIDUPAN – USTAZ EBIT LEW KEMBALI MENYUMBANG
MESKIPUN berdepan pelbagai kecaman sejak beberapa hari lalu, namun ia tidak mematahkan semangat pendakwah bebas Ebit Lew untuk terus menyumbang khidmat baktinya kepada golongan memerlukan.
Ini dibuktikan menerusi entri terbaharu di akaun Facebook miliknya, semalam, yang mana beliau kembali meneruskan aktiviti kebajikannya.
Jumaat lalu, beliau membuat keputusan untuk tidak membantu secara langsung golongan kurang berkemampuan selepas dipanggil memberi keterangan kepada polis di Bukit Aman berikutan reaksi orang ramai terhadap tindakannya memaparkan aktiviti kebajikan yang dilakukannya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
KISAH KEHIDUPAN – ‘ARWAH SOLAT LAMA BERBANDING BIASA’
“TIADA kelakuan ganjil pada arwah tetapi sebelum kehilangannya pada 13 Mac lalu, dia solat agak lama berbeza kebiasaan,” kata Nur Syafiqa Ahmad Alaudin.
Nur Syafiqa, 23, adalah kakak kepada Ahmad Farid, 19, yang mayatnya ditemui orang awam di Kilometer 281.8 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara dekat Nilai, pada 12 tengah hari semalam.
Mangsa yang dipercayai terbabit dalam kemalangan gagal dikesan selama 42 hari apabila keluar rumah sejak 10.30 malam 13 Mac lalu sehinggalah mayatnya ditemui, semalam.
MAYAT seorang lelaki yang sudah tinggal rangka dengan topi keledar masih lagi di kepala ditemukan di dalam longkang di tengah-tengah Lebuhraya Utara Selatan, dekat sini semalam | Gambar BH Online
TERKINI – MAYAT LELAKI TINGGAL RANGKA DALAM LONGKANG LEBUH RAYA
NILAI: Mayat seorang lelaki yang sudah tinggal rangka dengan topi keledar masih lagi di kepala ditemukan di dalam longkang di tengah-tengah Lebuhraya Utara Selatan, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar, berkata mayat lelaki berusia 20-an yang berasal dari Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka itu dijumpai orang awam di Kilometer 281.8 arah utara lebuh raya itu kira-kira jam 12 tengah hari sebelum memaklumkan kepada pihak polis.
“Siasatan di tempat kejadian telah menemui satu mayat disyaki lelaki yang telah tinggal rangka dalam keadaan terlentang, lengkap berpakaian t-shirt dan seluar panjang berwarna hitam dan mayat juga masih memakai topi keledar.
Penting: Laman web ini adalah hakmilik PUBI Perak. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian hotline PUBI Perak di 019-577 3924.
All images are copyrighted to their respective owners.
KOMEN TERKINI