2.3 JUTA PERMOHONAN BAHARU BPN DILULUSKAN

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

TERKINI – 2.3 JUTA PERMOHONAN BAHARU BPN DILULUSKAN

KUALA LUMPUR: Lebih 2.3 juta permohonan baharu dan juga rayuan untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) diluluskan berjumlah RM1.7 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata jumlah itu adalah permohonan baharu dan rayuan BPN yang dibuka dari 1 hingga 30 April lalu bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar layak dan memerlukan.

Beliau berkata, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) juga selesai membuat semakan ke atas permohonan baharu dan rayuan ini.

Baca Lanjut

HANYA RAKAM MENGGUNAKAN TELEFON, ‘CHANNEL’ YOUTUBE MASAKAN WANITA INI KINI DIBAYAR GOOGLE

KISAH KEHIDUPAN – HANYA RAKAM MENGGUNAKAN TELEFON, ‘CHANNEL’ YOUTUBE MASAKAN WANITA INI KINI DIBAYAR GOOGLE

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan mungkin pepatah yang paling sesuai digunakan buat wanita dari Malaysia ini apabila channel YouTube memasak miliknya berjaya meraih jumlah tontonan dan subscriber yang tinggi walaupun baru bermula tahun ini.

Channel YouTube Sugu Pavithra yang memuatnaik resipi dan cara masakan serta aktiviti harian keluarganya sehingga kini sudah pun berjaya mencatat sejumlah 163,000 subscriber, manakala video-video yang dimuat naik beliau pula mencatatkan jumlah tontonan sehingga 6 juta views.

Baca Lanjut

NENEK MAUT DITIKAM PERAGUT.

JENAYAH – NENEK MAUT DITIKAM PERAGUT.

SEORANG warga emas meninggal dunia dipercayai ditikam peragut dalam kejadian di Kampung Tok Kamis, di Pasir Puteh, petang semalam.

Lebih menyedihkan, kejadian kejam menimpa Azizah Mohamed, 82, disedari ahli keluarga, jam 6.10 petang, sejam sebelum waktu berbuka.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintedan, Mohd Azmir Damiri berkata, ketika kejadian anak dan menantunya, Nasaruddin Adam, 43 dan Musliza Mohamad, 43, keluar membeli lauk untuk juadah berbuka, manakala mangsa berada di rumah bersama seorang lagi anaknya, Yusliza Adam, 40 yang juga orang kurang upaya (OKU).

Baca Lanjut

‘WAJAH ISMAIL KAMUS TENANG, BAGAI SEDANG TIDUR’

KISAH KEHIDUPAN – ‘WAJAH ISMAIL KAMUS TENANG, BAGAI SEDANG TIDUR’

KUALA LUMPUR: “Rasa sebak saat mengikat tali kafan arwah, jenazahnya cukup lembut dan mudah diuruskan. Wajahnya tenang bagaikan sedang tidur.”

Demikian pengalaman dikongsi Pengerusi Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), Muhammad Rafieudin Zainal Rasid apabila diberi tanggungjawab mengetuai pengurusan jenazah pendakwah terkenal, Allahyarham Datuk Ismail Kamus.

Menurutnya, pihaknya tiba di Masjid As-Sobirin, Keramat pada 8.45 pagi tadi dan selang beberapa minit jenazah Almarhum dibawa dari kediamannya.

Baca Lanjut