PEMANDU MABUK BUAT HAL LAGI

TOYOTA Hilux yang dipandu melulu sehingga melanggar dua lelaki di Hulu Selangor, hari ini. FOTO ihsan polis | Sumber Harian Metro

TERKINI – PEMANDU MABUK BUAT HAL LAGI

DUA lelaki cedera selepas dilanggar kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dipercayai dipandu lelaki mabuk di tapak peniaga di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, pihaknya sudah menahan pemandu berusia 30-an itu.

“Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, suspek dipercayai memandu dalam keadaan mabuk hingga mengakibatkan dua lelaki cedera.

Baca Lanjut

COVID-19: WHO ISYTIHAR AMERIKA LATIN PUSAT BAHARU PANDEMIK

Pandangan dari udara ke atas sebuah kawasan dipenuhi kubur baharu di Manaus ketika Brazil bergelut krisis COVID-19. – FOTO AFP

COVID-19: WHO ISYTIHAR AMERIKA LATIN PUSAT BAHARU PANDEMIK

WASHINGTON: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengisytiharkan Amerika Latin sebagai ‘pusat baharu’ pandemik COVID-19.

Pada masa sama, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mahu gereja dibuka semula walaupun negara itu masih berdepan ancaman wabak berkenaan.

Minggu ini, Brazil mencatat angka korban melebihi 20,000 mangsa dan bersama 310,000 kes jangkitan, gergasi Amerika Latin itu kini muncul negara ketiga paling terjejas selepas AS serta Russia.

Baca Lanjut

PEGAWAI POSITIF COVID-19, MUHYIDDIN JALANI KUARANTIN 14 HARI

TERKINI – PEGAWAI POSITIF COVID-19, MUHYIDDIN JALANI KUARANTIN 14 HARI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari bermula petang ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata salah seorang pegawai yang menghadiri mesyuarat pasca Kabinet di pejabatnya telah disahkan positif COVID-19.

“YAB Perdana Menteri telah mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Pejabat Perdana Menteri pada hari Khamis, 20 Mei 2020. Seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat tersebut telah disahkan positif COVID-19.

Baca Lanjut

AIDILFITRI INI SAYU TANPA MAMA, ABAH

KISAH KEHIDUPAN: AIDILFITRI INI SAYU TANPA MAMA, ABAH

“SETIAP kali menjelang Aidilfitri, mama dan abah paling sibuk memilih warna tema, mencari baju untuk kami serta menempah kuih semperit, namun kini hanya tinggal kenangan,” kata Nur Afni Nirwani Khairizul, 16.

Nur Afni bakal menyambut kedatangan Aidilfitri dalam suasana suram bersama adik-adiknya iaitu Nur Istana Nadira, 14, Nur Erna Nabila, 12, Nur Qurratul Ain, 7, dan Muhammad Khairi Zafran, 2, apabila bergelar yatim piatu.

Mereka kematian bapa Khairizul Mohamad Noor, 38, selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 9 Februari, disusuli dengan pemergian ibu mereka Zuriana Hasan, 35, di Hospital Seberang Jaya (HSJ), 5 April lalu.

Baca Lanjut