KENALI LELAKI YANG BERADA PALING HADAPAN KETIKA NEGARA DIANCAM COVID-19

KENALI LELAKI YANG BERADA PALING HADAPAN KETIKA NEGARA DIANCAM COVID-19

Ketika negara sedang berhadapan dengan pandemik penularan wabak penyakit Covid-19, kita patut bersyukur kerana di barisan paling hadapan sekali ada seorang lelaki yang benar-benar komited untuk memimpin puluhan ribu jururawat, para doktor serta pegawai perubatan yang lain.

Beliau pada ketika ini sedang bertukus-lumus dan bekerja-keras bagi memastikan kesejahteraan jutaan nyawa daripada terancam akibat daripada penularan wabak penyakit yang sangat merbahaya ini.

Beliau tak lain dan tak bukan adalah Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Yang Berbahagia Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah.

Baca Lanjut

SEORANG PAKCIK SANGAT KREATIF MENUNJUKKAN CARA MEMBUAT ‘FACE MASK HOMEMADE’ YANG SANGAT MUDAH DAN MENJIMATKAN

TULAR – SEORANG PAKCIK SANGAT KREATIF MENUNJUKKAN CARA MEMBUAT ‘FACE MASK HOMEMADE’ YANG SANGAT MUDAH DAN MENJIMATKAN

Telah tular di whatsapp group di mana seorang pakcik yang berlorat Kelantan membuat tutorial cara-cara membuat Face Mask Homemade yang murah lagi menjimatkan.

Dengan keadaan bekalan Face Mask yang terhad dan mahal ini adalah salah satu cara untuk kita mengatasi masalah ini di dalam keadaan sukar sekarang ini.

Face Mask yang dihasilkan ini lebih kepada bersifat sementara dan sesuai digunakan untuk jangka masa yang pendek misalnya ingin keluar ke kedai untuk mendapatkan barang-barang keperluan.

Baca Lanjut

AGEN PEMUNGUT HUTANG TIDAK BOLEH PAKSA UNTUK BAYAR HUTANG, KETAHUI 7 HAK DIGARISKAN OLEH BNM

AGEN PEMUNGUT HUTANG TIDAK BOLEH PAKSA UNTUK BAYAR HUTANG, KETAHUI 7 HAK DIGARISKAN OLEH BNM

Pernahkan kita membaca kisah segelintir masyarakat dikasari oleh agen pemungut hutang yang dilantik oleh pihak bank (atau pemberi pinjaman) untuk mengutip hutang tertunggak dari pelanggan.

Bermula dari menelefon memaklumkan ada hutang tertunggak, diberikan tempoh masa tertentu untuk bayaran balik, ada ketikanya perasaan malu mula timbul bila agen pemungut hutang mula datang ke pejabat atau rumah untuk mendapatkan wang tertunggak termasuk berani bertanya kepada jiran dan rakan sepejabat di mana anda berada.

Untuk pengetahuan anda semua, jika identiti anda cuba dikorek oleh agen pemungut hutang sama ada melalui jiran, rakan sepejabat, ia adalah satu KESALAHAN DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (AKTA 709).

Baca ingatan yang dikeluarkan Polis DiRaja Malaysia ini melalui laman rasmi fbnya.

Baca Lanjut

(VIDEO) BAKAL JADI MENARA TERTINGGI DI MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA, REKA BENTUK ‘MERDEKA 118’ INI PERSIS TANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN LAUNG MERDEKA!

(VIDEO) BAKAL JADI MENARA TERTINGGI DI MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA, REKA BENTUK ‘MERDEKA 118’ INI PERSIS TANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN LAUNG MERDEKA!

Sememangnya tidak dinafikan bahawa setiap negara mempunyai keinginan untuk membina menara pencakar langit yang menjadi tumpuan dunia. Dengan ketinggian yang mencakar langit, Malaysia juga tidak terkecuali untuk tersenarai.

Antara menara yang terdapat di Malaysia dan mendapat tumpuan dunia adalah Menara Warisan Merdeka 118 atau lebih dikenali sebagai PNB118. Menara ini dijangka bakal siap pada awal 2021 dan menjadi menara tertinggi di Malaysia dan juga Asia Tenggara.

Baca Lanjut