RINGKASAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MULAI RABU 18/03/20 HINGGA 31/03/20 DI SELURUH NEGARA

BERIKUT ADALAH RINGKASAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MULAI RABU 18/03/20 HINGGA 31/03/20 DI SELURUH NEGARA YANG TELAH DIUMUMKAN OLEH PERDANA MENTERI MALAYSIA SEBENTAR TADI

PERTAMA

  • Larangan pergerakan dan perhimpunan ramai. Masjid dan premis perniagaan ditutup KECUALI pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka.

KEDUA

  • Sekatan ke luar negara
Baca Lanjut

BILAL DISIMBAH PETROL, DIBAKAR MENINGGAL DUNIA

TERKINI – BILAL DISIMBAH PETROL, DIBAKAR MENINGGAL DUNIA

BILAL Masjid Al Hasanah, Taman Rakyat, Mergong yang disimbah petrol sebelum dibakar, bulan lalu meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (Kebakaran), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, hari ini.

Allahyarham Amri Budin, 66, yang dilaporkan tenat pada 11 pagi menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4 petang selepas 22 hari menerima rawatan.

Anak sulung Allahyarham, Shahrizal Amri, 40, berkata arwah bapanya koma selepas menjalani pembedahan mengambil isi paha bagi menggantikan bahagian kulit melecur di bahagian kiri badannya.

Baca Lanjut

COVID-19: MALAYSIA TERTINGGI DI ASIA TENGGARA

TERKINI – COVID-19: MALAYSIA TERTINGGI DI ASIA TENGGARA

MALAYSIA menjadi negara tertinggi di Asia Tenggara bagi kes jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) selepas mencatatkan 428 kes, dengan sembilan kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati jumlah terkini itu berikutan terdapat 190 kes positif Covid-19 baharu setakat 12 tengah hari.

“Berdasarkan siasatan awal, kebanyakan kes baharu itu adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Baca Lanjut

DIRASMIKAN DENGAN SOLAT JUMAAT, PASARAYA MILIK BUMIPUTERA ISLAM KINI DIBUKA

Image result for malakat mall

TERKINI – DIRASMIKAN DENGAN SOLAT JUMAAT, PASARAYA MILIK BUMIPUTERA ISLAM KINI DIBUKA

CYBERJAYA – Kompleks membeli-belah berkonsepkan Muslim pertama di Malaysia, Malakat Mall menempa sejarah tersendiri apabila mula beroperasi hari ini selepas hampir enam bulan membuat persiapan.

Pusat membeli-belah yang mengumpulkan usahawan Muslim itu merupakan satu usaha strategik bagi membantu meningkatkan ekonomi usahawan Muslim.

Terletak di bandar teknologi Cyberjaya, Malakat Mall seluas lebih 13006.43 meter persegi dan terdiri daripada tiga blok bangunan empat tingkat menyasarkan lebih 15,000 pelanggan dalam tempoh sebulan pertama.

Baca Lanjut