MAJLIS IFTAR BERSAMA YAYASAN AMANAH AN-NUR MAISARAH 2025

KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MENCABAR.

Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.

Selain itu, Kumpulan PUBI yang terdiri daripada NGO dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 21hb Mac 2025 yang lalu Kumpulan PUBI yang terdiri daripada gabungan empat buah entiti iaitu Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI), Pertubuhan Kebajikan dan Kemajuan Komuniti Bandar Ipoh (P3KBI atau dikenali sebagai JomBantu), Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) dan Koperasi Wanita Unggul Bandar Ipoh Berhad (KOWUBI dalam penubuhan), telah mengadakan sebuah Majlis Iftar Bersama Anak-anak Yatim dan Miskin Yayasan Amanah An-Nur Maisarah.

Baca Lanjut

PENDAFTARAN PELANGGAN MYANGKASA AMANAH BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 01hb Oktober 2024 yang lalu, KOPUBI Perak Bhd telah menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah hub Perkhidmatan Penulisan Wasiat, Hibah dan juga Pengurusan Harta Pusaka di mana salah seorang wakil pemasaran KOPUBI Perak Bhd telah menganjurkan sebuah sesi taklimat serta pendaftaran seorang pelanggan yang melanggan perkhidmatan KOPUBI Perak Bhd.

Sesi taklimat dan tandatangan ini telah berlangsung dengan jayanya di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd yang terletak di Station 18, Ipoh Perak. Melalui sesi ini, pelanggan tersebut telah diberi penerangan tentang kepentingan penulisan wasiat semasa hayat dan manfaat yang bakal diperolehi oleh waris yang ditinggalkan sekira berlakunya kematian kelak.

Setelah memahami serta wujudkan kesedaran itu maka pelanggan tersebut telah bersetuju untuk melanggan perkhidmatan yang telah ditawarkan oleh pihak KOPUBI Perak Bhd ini.

Baca Lanjut

PENDAFTARAN PELANGGAN MYANGKASA AMANAH BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 01hb September 2024 yang lalu, KOPUBI Perak Bhd telah menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah hub Perkhidmatan Penulisan Wasiat, Hibah dan juga Pengurusan Harta Pusaka di mana salah seorang wakil pemasaran KOPUBI Perak Bhd telah menganjurkan sebuah sesi taklimat serta pendaftaran seorang pelanggan yang melanggan perkhidmatan KOPUBI Perak Bhd.

Sesi taklimat dan tandatangan ini telah berlangsung dengan jayanya di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd yang terletak di Station 18, Ipoh Perak.

Melalui sesi ini, pelanggan tersebut telah diberi penerangan tentang kepentingan penulisan wasiat semasa hayat dan manfaat yang bakal diperolehi oleh waris yang ditinggalkan sekira berlakunya kematian kelak.

Baca Lanjut

CARA DAFTAR CUKAI LHDN UNTUK e-FILING 2023

INFO – CARA DAFTAR CUKAI LHDN UNTUK e-FILING 2023

e-Filing akan bermula 1 Mac ini. Sebelum boleh buat e-Filing ni kita perlu daftar terlebih dahulu.

Sudahkah anda berdaftar dengan LHDN? Adakah anda layak dikenakan cukai?

Ketahui lebih lanjut tentang persoalan ini dan panduan daftar cukai LHDN melalui artikel ini.

Baca Lanjut