SESI SHARING ‘PERKONGSIAN PENGALAMAN’

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Pada 27 September 2025 (Sabtu), telah berlangsung satu sesi perkongsian ilmu dan pengalaman bertajuk ‘Perkongsian Pengalaman’ bertempat di Pejabat Urusan Kumpulan PUBI, Station 18, Ipoh, Perak.

Program ini dianjurkan bagi memperkukuh keupayaan dan kompetensi pasukan MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) Team KOPUBI, melibatkan penyertaan Pengurus Kumpulan, Pengurus Pemasaran serta wakil-wakil pemasaran MAAB.

Sesi istimewa ini telah menampilkan penceramah jemputan En. Zakaria bin Kasim, yang berkongsi pelbagai pengalaman berharga serta strategi praktikal dalam bidang pemasaran dan perkhidmatan hibah, wasiat dan pusaka.

Baca Lanjut

KURSUS PEMANTAPAN PRODUK MAAB

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 15hb – 16hb Februari yang lalu, KOPUBI Perak Bhd telah menganjurkan sebuah Program yang berimpak tinggi iaitu Kursus Pemantapan Produk MAAB.

Kursus ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat bertempat di di Kompleks Penghulu Lahat, Kampung Pengkalan Pegoh, Lahat Perak dan telagh dihadiri oleh Pengurus Kumpulan, Pengurus Pemasaran dan juga Wakil Pemasaran KOPUBI Perak Bhd.

Kursus ini telah dikendalikan oleh Tn Hj Zulkifli Ismail selaku Ketua Pegawai Perniagaan Syarikat MyAngkasa Amanag Bhd merangkap Ahli Lembaga Syarikat.

Baca Lanjut

PERJUMPAAN BERSAMA TEAM MYANGKASA AMANAH BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 13hb Februari 2025 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Perjumpaan Bersama Team MyANGKASA Amanah Bhd anjuran KOPUBI Perak Bhd bertempat di Business Center Bangunan PTTC Meru, Ipoh Perak.

Tujuan perjumpaan adalah untuk membincangkan aktiviti Perkhidmatan Penulisan Wasiat, Hibah dan juga Pengurusan Harta Pusaka yang ditawarkan oleh KOPUBI Perak Bhd kepada Anggota dan juga Masyarakat Umum.

Untuk makluman, ini adalah perjumpaan kedua bagi tahun 2025 melibatkan Pengurus Kumpulan dan Pengurus Pemasaran KOPUBI Perak Bhd bagi melaksanakan usahsama strategik sebagai Rakan Niaga Premium Koperasi dengan kerjasama anak syarikat ANGKASA iaitu MyAngkasa Amanah Bhd.

Baca Lanjut

KELAS TEKNIKAL TEAM MAAB – KOPUBI

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 28hb Januari 2025 yang lalu, Team MyAngkasa Amanah KOPUBI Perak Bhd telah mengadakan sebuah Kelas Latihan Teknikal kepada Pengurus Kumpulan, Pengurus Pemasaran dan juga Wakil Pemasaran di bawah seliaan KOPUBI Perak Bhd.

Alhamdulillah kerana Kelas Teknikal ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd bertempat di Station 18, Ipoh Perak.

Syukur kerana wakil-wakil daripada KOPUBI Perak Bhd telah menyertai Kelas Teknikal dan telah dihidangkan dengan ilmu pengetahuan yang mampan berkaitan Pengurusan Harta Pusaka dan juga Wasiat.

Baca Lanjut