Perjalanan beribu batu itu bermula dengan langkah pertama..
15hb April tahun 2016 adalah tarikh keramat PUBI Perak kerana pada tarikh tersebut ROS telah meluluskan pendaftaran persatuan kecil yang berjiwa besar ini. Bermula dengan 8 orang AJK penaja kini PUBI Perak telah mempunyai lebih 100 orang ahli yang berdaftar. Semuanya bermula pada 5hb April 2016 apabila 8 orang usahawan bebas telah mengadakan Mesyuarat AJK Penaja bagi melaksanakan penubuhan persatuan ini. Mereka yang terdiri daripada En. Sharul Baha Bin Abd Rahman selaku pengerusi Menyuarat, En. Wan Mohamad Bin Desah selaku Timbalan, diikuti oleh Cik Nurathirah Binti Mohamed Hatib selaku setiusaha dan En Mohamad Jamean Bin Zulkepli selaku Penolong Setiausaha.
Maka dari titik tolak itulah 8 orang AJK Penaja ini sebulat suara telah bersetuju untuk menubuhkan Persatuan yang tiada nama dan belum terkenal itu. Alhamdulillah, PUBI Perak mampu mengorak langkah demi langkah dan sehinggalah ke hari ini PUBI Perak masih dapat bertahan dan mempunyai reputasinya yang tersendiri.
PUBI Perak sebelum mengukuhkan kedudukannya pada hari ini telah bertukar-tukar AJK kerana komitmen besar dan tanggungjawab yang tidak mampu dipikul oleh mereka. Namun itu tidak melunturkan semangat AJK yang sedia ada untuk terus melangkahkan kaki untuk merencana aktiviti dan program demi mencapai maltlamat penubuhan yang telah tercatit di dalam perlembagaan PUBI Perak ini.
Mutiara Kata: Ikhlas itu bukan untuk diucapkan melainkan dipraktikkan tanpa mengharapkan balasan.
Pada hari ini setelah 2 tahun penubuhannya, PUBI Perak telah dikenali ramai terutamanya di kalangan usahawan di Bandaraya Ipoh ini. Pelbagai aktiviti dan program usahasama telah dijalankan bersama NGO, Agensi Kerajaan mahupun Swasta malah Institut Pengajian Tinggi Swasta dan kerajaan. Antara kejayaan besar PUBI Perak adalah mendapat kerjasama dengan Open University Malaysia, Kolej Komuniti Malaysia, KEMAS, MDEC dan lain-lain lagi.
PUBI Perak juga mampu menjalankan bengkel-bengkel keusahawanan dan seminar untuk membantu memperkasakan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh dan sudah tentu fokus utama PUBI Perak adalah untuk berbakti kepada ahlinya sendiri. PUBI Perak juga telah berjaya menganjurkan 2 buah pasar malam setakat ini untuk membantu Ahli PUBI Perak berniaga dan mencari rezeki. PUBI Perak juga di dalam perancangannya akan menganjurkan sebuah Seminar Keusahawan yang berskala besar serta menganjurkan Karnival Jualan Merdeka pada hari kemerdekaan Malaysia tidak lama lagi.
Insyallah dengan perancangan dan komitmen yang tinggi dari setiap Ahli dan AJK PUBI Perak ini, segala perancangan dan strategi yang dirancang akan dapat dilaksana dengan tersusun dan teratur. Semoga PUBI Perak akan terus menjadi NGO yang benar-benar membantu usahawan dan mampu membangunkan usahawan yang berjaya di Bandaraya Ipoh ini tidak kira apa juga bidang keusahawanan dan yang paling penting adalah keikhlasan dan usaha yang gigih tanpa jemu.
Selamat ulangtahun kedua PUBI Perak!
Berakhlak, Berilmu, Bermotivasi
KOMEN TERKINI