DAFTAR SEGERA KURSUS USAHAWAN ANJURAN PUBI PERAK!


PUBI PERAK SEBAGAI SALAH SEBUAH PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENGANJURKAN SEBUAH PROGRAM YANG AKAN MEMBANTU USAHAWAN SERTA MAMPU MENINGKATKAN JUALAN SERTA KREDIBILITI SESEBUAH PERNIAGAAN.

Kami selaku Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh ini sangat faham kepentingan pemasaran di dalam dunia perniagaan yang kian mencabar masa kini. Oleh itu, PUBI Perak dengan sukacitanya menganjurkan Bengkel Intensif & Latihan eUsahawan.

Sekiranya kita gagal menambah ilmu serta gagal memahami perubahan semasa di dalam bidang pemasaran, kita berkemugkinan besar akan mengalami kegagalan yang akan mengakibatkan kerugian besar termasuklah wang ringgit, tenaga dan masa kita yang sangat berharga.

Insyallah, marilah sertai bengkel anjuran PUBI Perak ini dengan nilai pelaburan wang ringgit anda berjumlah RM70 di mana anda akan mendapat pelbagai manfaat dan kebaikan serta memberi impak kepada perniagaan masing-masing.

Info bengkel ini adalah seperti berikutl.

Lokasi : Pejabat PUBI Perak, Station 18, Ipoh.
Masa : 9am – 5pm
Tarikh : 6hb Julai 2019.
Bayaran : RM70 termasuk makan dan sijil.
*Kelas intensif ini terhad kepada 12 orang sahaja.

Modul & Dikendalikan oleh eUsahawan Certified Trainer (MDEC).


Antara topik-topik yang akan diajar sepanjang bengkel ini adalah;

1. Sosial Media & Digital Marketing
2. Google Business Marketing
3. Pembinaan Laman Web

Semoga dengan penganjuran bengkel ini akan membantu usahawan menambah ilmu keusahawanan masing-masing disamping akan dapat memajukan serta meningkatkan jualan perniagaan masing-masing.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan sentiasa melaksanakan usaha-usaha murni bagi mencapai matlamat penubuhannya demi menjayakan objektif penubuhan persatuan yang jitu dan dinamik.

Insyallah..

ter