
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAKAT DI LUAR SANA.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 4 Jun 2025 yang lalu, satu majlis bersejarah telah berlangsung di Hotel Casuarina@Meru apabila Kerajaan Negeri Perak melancarkan secara rasmi dua dokumen strategik penting, iaitu Pelan Tindakan Ekonomi Digital Negeri Perak 2030 dan Blueprint Bandar Pintar Negeri Perak 2040.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI : Pmks Lestari Berdaya Tahan
Majlis peluncuran ini telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad dengan kehadiran barisan kepimpinan tertinggi negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Perak, YB Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin, serta Pegawai Kewangan Negeri Perak, YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, YB Encik Mohd Azlan Helmi bin Helmi dan YB Puan Sandrea Ng Shy Ching.
Mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI), majlis ini telah dihadiri oleh Pengerusinya, Encik Sharul Baha bin Abd Rahman bersama Ahli Jawatankuasa, Encik Khairul Akmal bin Razali. Kehadiran wakil PUBI dalam program peluncuran ini menggambarkan sokongan berterusan daripada komuniti usahawan tempatan terhadap agenda transformasi digital dan pembangunan bandar pintar yang sedang digerakkan di peringkat negeri.
Majlis peluncuran ini menjadi titik permulaan penting kepada fasa baharu pembangunan negeri Perak yang lebih inklusif dan mampan.
Kedua-dua dokumen strategik yang dilancarkan dirangka secara bersepadu dengan matlamat mempercepatkan pencapaian aspirasi Perak Sejahtera 2030, yang memberi penekanan kepada keseimbangan antara kemajuan ekonomi, kesejahteraan sosial dan kelestarian alam sekitar.
Ekonomi digital dan pembangunan bandar pintar adalah dua elemen yang saling melengkapi; ekonomi digital membentuk landasan teknologi serta hala tuju dasar, manakala bandar pintar menyediakan ekosistem kondusif melalui kemudahan infrastruktur canggih, akses data dan sokongan digital yang tersusun.
Pelan Tindakan Ekonomi Digital Negeri Perak 2030 memberi tumpuan kepada empat bidang utama yang merangkumi penyediaan akses kepada infrastruktur digital berkualiti, transformasi pentadbiran awam ke arah sistem digital yang cekap, pembentukan ekosistem perniagaan yang lebih rancak melalui pendigitalan, serta usaha memperkasa masyarakat agar celik dan mesra teknologi.

Manakala Blueprint Bandar Pintar Negeri Perak 2040 pula disusun dengan tujuh komponen utama merangkumi aspek infrastruktur, tadbir urus, ekonomi, rakyat, alam sekitar, mobiliti dan gaya hidup pintar.
Dokumen ini mengandungi sebanyak 22 dasar, 52 strategi dan 132 inisiatif yang akan dilaksanakan secara berfasa bermula tahun 2025 hingga 2040. Inisiatif besar ini juga dilihat sebagai pemacu kepada daya saing bandar-bandar di seluruh Perak, sekali gus menjadikan negeri ini sebagai peneraju pembangunan bandar pintar bertaraf dunia.
Pendekatan ‘People-Centric Smart City’ yang diterapkan memberi keutamaan kepada keperluan dan kesejahteraan rakyat, serta merangkumi pelbagai bidang yang bersentuhan langsung dengan kehidupan harian masyarakat.
Tahniah turut diucapkan kepada empat pihak berkuasa tempatan yang berjaya mencapai status Early Adopter dalam pelaksanaan agenda bandar pintar, iaitu Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Perbandaran Teluk Intan, Majlis Perbandaran Manjung dan Majlis Daerah Kampar.
PUBI menyambut baik peluncuran dua dokumen penting ini sebagai satu usaha besar Kerajaan Negeri Perak dalam melonjakkan pertumbuhan ekonomi digital serta menyediakan infrastruktur bandar pintar yang mampu menyokong aspirasi usahawan dan komuniti perniagaan tempatan.
Dengan sinergi yang kukuh antara kerajaan, agensi teknikal, sektor swasta dan rakyat, impian menjadikan Perak sebagai sebuah negeri digital yang inklusif, berdaya tahan dan maju akan lebih mudah direalisasikan.
Majlis peluncuran ini bukan sekadar simbolik pelancaran dasar, tetapi merupakan titik tolak kepada gerakan transformasi ekonomi dan sosial yang lebih meluas demi kesejahteraan generasi hari ini dan masa depan.
PUBI akan terus komited menyokong pelaksanaan dasar-dasar progresif yang memberi impak langsung kepada pembangunan usahawan dan ekosistem perniagaan Negeri Perak.
#PUBI #PUBIPerak #NGOusahawan #BantuUsahawan #ProgramKerajaanNegeri #MenteriBesarPerak



KOMEN TERKINI