5 CARA UNTUK MULAKAN BISNES ONLINE
Sejak pandemic Covid-19, ramai yang telah hilang sumber pendapatan. Sedih bila mendengar rintihan sesetengah individu terutamanya dalam kalangan suri rumah terpaksa membanting tulang demi membantu suami menjana pendapatan demi kelangsungan hidup.
Jadi untuk menampung kos sara hidup yang semakin mencabar anda perlu mencari peluang untuk mengubah hidup.
Dengan kehadiran teknologi, urusan bisnes sekarang menjadi lebih mudah. Walaubagaimanapun ini tidak bermakna memulakan bisnes online itu mudah. Tip bisnes ini dikongsikan oleh Puan Syiema Eddy, seorang stokis yang berjaya mencatat jualan bulanan RM300,000 bersama dengan Snowwhite Secret.
Untuk menjual secara online, 5 aspek berikut adalah sangat penting. Kita kena tahu dengan baik setiap aspek ini barulah boleh menjual secara online dengan mudah.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Pernah Tidur Dalam Kereta, Kini Usahawan Berjaya
1. MEMBINA JENAMA
Membina jenama ini adalah untuk bagi orang kenal. Orang kenal baru orang suka. Dah suka baru timbul percaya. Dan setelah percaya barulah orang membeli.
Dengan membina jenama proses jualan akan jadi lebih mudah. Kita lihat sahaja kenapa ada produk yang ‘laku keras’ di pasaran online mahupun offline? Jawapannya adalah, penjenamaan. Penjenamaan ini bukanlah sekadar nak orang tahu nama produk kita, tetapi ia juga memberikan orang ‘perasaan bagus’ terhadap produk kita.
2. MENCIPTA CONTENT
Content bertujuan untuk menyampaikan mesej tertentu kepada audien kita. Kita mungkin membuat content supaya orang tahu apa produk kita dan apa keistimewaannya.
Content juga berperanan membina kredibiliti dan menjadikan orang yakin dengan produk kita. Content juga membolehkan produk atau jenama kita menjadi viral. Pendek kata melalui content inilah sebenarnya kita membina jenama kita tadi.
Kenapa sesuatu produk nampak hebat? Ya, antara sebabnya adalah content yang digunakan untuk memasarkan produk tersebut berjaya memberikan orang keyakinan terhadap produknya.
3. MENULIS (COPYWRITING)
Kemahiran menulis adalah kemahiran yang amat penting dalam dunia online. Kemahiran menulis inilah yang akan menjadikan content kita power atau sebaliknya.
Produk atau idea yang sama tapi ditulis dengan cara yang berbeza akan memberikan kesan yang berbeza juga. Di sinilah pentingnya kita menguasai teknik penulisan atau copywriting.
Penulisan yang baik akan mendorong orang mendapatkan produk kita tapi penulisan yang kurang baik pula akan menyebabkan orang tidak berminat terhadap produk kita walaupun hakikatnya produk kita bagus.
4. CHANNEL DAN MEDIUM
Dalam dunia internet terdapat banyak channel dan medium yang boleh digunakan untuk menjalankan pemasaran. Setiap channel dan medium ini mempunyai fungsinya tersendiri.
Antaranya ialah website, apps, blog dan juga media sosial. Untuk menjalankan bisnes secara online kita kena tahu medium atau channel mana yang sesuai untuk bisnes kita.
5. MARKETING FUNNEL
Funnel adalah cara kita menyusun channel dan medium tadi. Susunan ini perlulah merangkumi, dari mana permulaan kita menemui pelanggan kita. Lepas itu ke mana kita nak bawa pelanggan kita sehinggalah pelanggan kita membeli dan terus menjadi pelanggan setia kita.
Secara umum, ini adalah 5 perkara asas yang sangat penting untuk diketahui jika ingin memulakan bisnes online.
Kredit: Facebook Puan Syiema Edd
Sumber: Majalah Labur
Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD
KOMEN TERKINI