TAKLIMAT KERJAYA KOPUBI PERAK BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

 Alhamdulillah, KOPUBI Perak Bhd terus komited dalam membuka peluang keusahawanan melalui Taklimat Kerjaya yang telah dijalankan secara berkala kepada bakal usahawan yang berminat untuk menjana pendapatan dalam bidang pengurusan harta pusaka, hibah dan wasiat.

Pada 23hb Mac 2025 yang lalu, satu lagi sesi taklimat telah berjaya diadakan bertempat di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd.

Taklimat ini diadakan secara PERCUMA sebagai satu inisiatif untuk memberikan pendedahan kepada bakal usahawan tentang potensi besar dalam industri ini.

Baca Lanjut

TAKLIMAT PENGURUSAN HARTA PUSAKA, HIBAH DAN WASIAT

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 22hb Mac 2025 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya sebuah sesi Taklimat berkaitan Pengurusan Harta Pusaka, Hibah Dan Wasiat kepada guru-guru dan kakitangan di salah sebuah Sekolah di Ipoh Perak.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Pengurus Pemasaran KOPUBI Perak Bhd yang berpengalaman dalam bidang pengurusan harta pusaka, hibah, dan wasiat dan kami yakin bahawa maklumat yang telah disampaikan ini akan mampu memberi manfaat besar kepada guru-guru dan kakitangan sekolah tersebut.

Taklimat ini antara lain bertujuan untuk meningkatkan pemahaman berkenaan kepentingan pengurusan harta pusaka yang teratur disamping memberi pendedahan mengenai kaedah hibah dan wasiat sebagai langkah perancangan kewangan keluarga serta pewarisan.

Baca Lanjut