
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 17hb Disember 2023 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. Bil-04/2023 bagi sesi tahun 2022/2023 bertempat di Pejabat Urusan Kumpulan KOPUBI, Station 18, Ipoh Perak.
Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh En. Sharul selaku Pengerusi Koperasi telah diadakan secara berkala bagi membincangkan aktiviti ekonomi koperasi yang telah dijalankan pada suku ketiga dan keempat yang lalu dan perancangan bagi suku tahun pertama bagi tahun 2024 yang akan datang nanti.
Turut hadir ke Mesyuarat Ahli Lembaga KOPUBI ini adalah En. Haizul Fakarudin selaku Timbalan Pengerusi Koperasi merangkap Setiausaha Koperasi serta Pn Zuraida selaku Penolong Setiausaha.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI