KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 01hb September 2024 yang lalu, KOPUBI Perak Bhd telah menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah hub Perkhidmatan Penulisan Wasiat, Hibah dan juga Pengurusan Harta Pusaka di mana salah seorang wakil pemasaran KOPUBI Perak Bhd telah menganjurkan sebuah sesi taklimat serta pendaftaran seorang pelanggan yang melanggan perkhidmatan KOPUBI Perak Bhd.
Sesi taklimat dan tandatangan ini telah berlangsung dengan jayanya di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd yang terletak di Station 18, Ipoh Perak.
Melalui sesi ini, pelanggan tersebut telah diberi penerangan tentang kepentingan penulisan wasiat semasa hayat dan manfaat yang bakal diperolehi oleh waris yang ditinggalkan sekira berlakunya kematian kelak.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI