Gambar – BH Online

KISAH KEHIDUPAN – ENAM BERANAK BERTEDUH DI PONDOK

BALING: Enam beranak terpaksa berteduh di pondok dalam kebun getah selepas pemilik rumah sewa yang didiami mereka sejak enam tahun lalu, tidak lagi membenarkan keluarga berkenaan tinggal di situ.

Mohd Balhisham Abdul Latif, 44, berkata sebelum ini dia bersama isteri, Norazirah Zaini, 34, dan empat anak tinggal di rumah sewa di Kampung Weng Dalam, Siong.

Bagaimanapun, mereka diminta keluar dari rumah itu baru-baru ini menyebabkan dia tiada pilihan kecuali membawa keluarganya tinggal di pondok di Kampung Tanjung Langsat, Siong.

Lima Beradik Yatim Piatu Jadi Anak Angkat Perkeso –>

“Apabila pemilik memberi notis keluar rumah, saya terpaksa membina pondok di kawasan getah berdekatan dan membawa keluarga tinggal di sini.

“Saya tiada tempat tinggal lain apatah lagi sekarang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan saya tidak dapat mencari rumah sewa lain,” katanya ketika ditemui di pondoknya hari ini.

Mohd Balhisham berkata, dia mengalami masalah membayar sewa bulanan RM200 sebelum ini akibat mengalami masalah kesihatan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

“Saya mengalami masalah angin ahmar menyebabkan bahagian badan dan pinggang berasa sakit sehingga tidak mampu melakukan kerja berat.

“Saya tinggal di rumah sewa bukan baru tetapi sejak enam tahun lalu, apabila sakit dan tidak bekerja menyebabkan saya tidak mampu menjelaskan sewa rumah,” katanya.

Katanya, dia juga terpaksa menanggung empat anak yang masih kecil termasuk tiga yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bayu iaitu Mohd Aqif Amin, 11, Mohd Aqif Hilman, 9, dan Noraqidatul Auni , 6.

Lima Yatim Piatu, Ibu Koma Dua Bulan Meninggal Dunia –>

“Manakala anak bongsu, Mohd Aqif Danial, tujuh bulan masih menyusu dan dijaga isteri sepenuh masa,” katanya.

Mohd Balhisham berkata, dalam keadaan PKP dia juga tidak boleh keluar bekerja untuk menyara keluarga dan bergantung kepada sumbangan barangan makanan daripada keluarga, jiran serta pihak yang sudi membantu.

“Mujurlah anak tidak bersekolah ketika ini dan beban persekolahan dapat dijimatkan.

“Walaupun tidak bersekolah saya pastikan mereka membaca buku dan tidak ketinggalan dalam pelajaran,” katanya.

Seorang Pengguna Fb Kongsi Detik-Detik Cemas Ditipu Online Scammer Yang Sedang Giat Mengodam ‘Online Banking’ Sekarang Ini –>

Menurutnya, rumah pondok itu diperbuat daripada kayu hutan manakala dinding menggunakan plastik dan lantai tikar getah terbuang.

“Waktu malam saya menggunakan lampu lilin dan menumpang bekalan air masyarakat daripada rumah jiran yang berdekatan

“Saya tidak mahu anak terbiar dan ingin melihat mereka berjaya pada masa hadapan,” katanya.

Sumber: BH Online