KOMA SELEPAS BERSALIN, IBU BAYI KEMBAR MENINGGAL DUNIA

KISAH KEHIDUPAN – KOMA SELEPAS BERSALIN, IBU BAYI KEMBAR MENINGGAL DUNIA

Seorang wanita yang selamat bersalin anak kembar pada 31 Mac lalu meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pagi tadi selepas 14 hari dalam keadaan koma.

Berita duka itu dikongsi seorang pengguna Facebook, Nurul Asma Salsabila yang memuat naik gambar ketika pernikahan arwah Nasuha Shafie dan suaminya yang dikenali sebagai Mie.

Baca Lanjut

COVID-19: WANITA OKU SUMBANG PPE UNTUK BARISAN HADAPAN

COVID-19: WANITA OKU SUMBANG PPE UNTUK BARISAN HADAPAN

Walaupun dilahirkan tanpa tangan, namun wanita orang kurang upaya (OKU) ini tetap berkorban tenaga dengan menjahit pakaian perlindungan diri (PPE) bagi kegunaan petugas barisan hadapan.

Pembantu Tadbir di Kolej Komuniti Teluk Intan (KKTI), Norfarrah Syahirah Shaari, 32, menggunakan kemahiran menjahit menggunakan kaki untuk menghasilkan gaun isolasi yang akan disumbangkan kepada Hospital Teluk Intan (HTI) dan Klinik Kesihatan Teluk Intan.

Norfarrah Syahiran berkata, inisiatif #DariKomunitiUntukKomuniti dilakukan bersama sembilan kakitangan KKTI yang juga sukarelawan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan dibantu 25 tukang jahit lain.

Baca Lanjut