‘RAJA BOMOH’ UMUM BERTANDING DI BAGAN DATUK?

‘Raja Bomoh’ umum bertanding di Bagan Datuk

Ibrahim Mat Zin atau dikenali dengan panggilan ‘Raja Bomoh’, yang pernah mencetuskan fenomena menerusi ‘buah kelapa dan teropong ajaibnya’ beberapa tahun lalu, mengumumkan hasrat untuk bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau selaku Presiden Seni Silat Gayung Ghaib Malaysia (PSSGGM) turut menimbang meletakkan calon di Pekan, Pahang selain berjanji untuk memberikan semua wang gajinya sebagai ahli Parlimen kepada rakyat memerlukan di Bagan Datuk jika memenangi PRU14. Beliau telah membuat pengumuman itu di salah sebuah hotel di Bandaraya Ipoh petang tadi.

Baca Lanjut

SHOPEE PIALA FA MALAYSIA 2018

Shopee PIALA FA MALAYSIA 2018 | PERAK FA VS PKNS FC

Kepada peminat-peminat bolasepak Negeri Perak semua. Jom kita saksikan perlawanan suku akhir kedua Shopee Piala FA Malaysia 2018, Perak FA menentang PKNS FC di Stadium Perak, Ipoh pada hari Sabtu ini.

Moh kita kuningkan stadium kita dan laungan slogan keramat kita; Kejorr Yob Skorr!

Dengar cerita tiket semua dah habis dijual? Wah…!

Sama-sama kita doakan kemenangan buat pasukan The Bos Gaurus!

Insyallah.

PERAK FA VS PKNS FC
21 APRIL 2018 | SABTU | 9.00 MALAM
STADIUM PERAK, IPOH