KEMALANGAN – TEMUI AJAL 6 RAMADAN, ‘RIDER’ FOODPANDA MAUT KEMALANGAN

Seorang penghantar makanan Foodpanda, Muhammad Zaim Azman dilaporkan maut apabila motosikal dinaikinya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Meru, Klang pagi (semalam) tadi.

Posting kejadian berkenaan dikongsi seorang pengguna laman Facebook, Ezzan Danial dengan memuat naik beberapa keping gambar termasuk kad pengenalan mangsa.

Innalillahiwainnaillahirajiun!

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Adik Hilang Sejak 13hb Mac Akhirnya Ditemui Telah Meninggal Di Lebuhraya
“Penghantar makanan dari Kuala Selangor meninggal dunia akibat kemalangan di Meru,” tulisnya.

POSTING OLEH KAKAK IPAR MANGSA;

Menerusi laman Twitter dan Instagram pula, rakan-rakan arwah turut bersedih atas pemergian mangsa yang berusia 21 tahun itu selain menitipkan al-Fatihah untuk Allahyarham.




https://www.instagram.com/p/ByNOvcThC9I/?utm_source=ig_web_copy_link

Walau bagaimanapun, tiada maklumat lanjut dikongsi dan diperolehi mengenai kejadian terbabit. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman.

Sumber : Blog Oh My Media!, Facebook , Syazwani Abd Rahim , Twitter , Instagram