BERIKUT ADALAH RINGKASAN PERUTUSAN KHAS PERDANA MENTERI, TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN YANG TELAH DISAMPAIKAN SEBENTAR TADI

  • Laporan pihak polis menunjukkan lebih 95 peratus rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan – Muhyiddin
  • Lebih 95 peratus rakyat telah mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan – PM Muhyiddin
  • Jika Perintah Kawalan Pergerakan tidak dipatuhi, maka ianya tidak akan membawa apa-apa kesan positif dan segala tindakan diambil sia-saia sahaja – Muhyiddin
  • Perintah Kawalan Pergerakan juga menampakkan kreativiti orang ramai semasa berada di rumah dan berhubung dengan mereka di luar – Muhyiddin
Live Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa cabaran wabak COVID-19 berkemungkinan menjadi lebih sukar.

  • Seramai 422,829 telah dijangkiti wabak COVID-19 seluruh dunia dengan 18,907 kematian – PM Muhyiddin
  • Daripada satu segi perintah kawalan pergerakan telah sedikit sebanyak berjaya mengawal penularan wabak ini – Muhyiddin
  • Strategi kerajaan adalah untuk mencari, menyaring, mengasing dan merawat pesakit COVID-19 – Muhyiddin

Sila Klik untuk Mengetahui dengan Lebih Lanjut serta Soalan Lazim Mengenai Langkah-Langkah Bank Negara Untuk Membantu Individu, Pks Dan Syarikat Korporat Yang Terjejas Oleh Wabak Covid-19 –>

PERDANA MENTERI JUGA TURUT MENGUMUMKAN TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DILANJUTKAN SEHINGGA 14 APRIL 2020

Sehubungan itu, kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Saya memaklumkan pelanjutan tempoh ini lebih awal supaya saudara saudari lebih bersedia.”

Perdana Menteri Malaysia

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berkata, pelanjutan tempoh itu diumumkan lebih awal supaya rakyat akan lebih bersedia.