
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 11hb Mac 2025 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya sebuah sesi Taklimat berkaitan Pengurusan Harta Pusaka, Hibah Dan Wasiat kepada guru-guru dan kakitangan di salah sebuah Sekolah di Ipoh Perak.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Pengurus Pemasaran KOPUBI Perak Bhd yang berpengalaman dalam bidang pengurusan harta pusaka, hibah, dan wasiat dan kami yakin bahawa maklumat yang telah disampaikan ini akan mampu memberi manfaat besar kepada guru-guru dan kakitangan sekolah tersebut.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI : Perjumpaan Bersama Team Myangkasa Amanah Bhd
Taklimat ini antara lain bertujuan untuk meningkatkan pemahaman berkenaan kepentingan pengurusan harta pusaka yang teratur disamping memberi pendedahan mengenai kaedah hibah dan wasiat sebagai langkah perancangan kewangan keluarga serta pewarisan.
Taklimat ini juga dapat membantu warga pendidik dalam memastikan kesejahteraan serta kesinambungan ekonomi keluarga melalui pengurusan harta yang bijak.

Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak yang besar kepada warga pendidik serta dapat menjadi penggerak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.
Insyallah.
#KOPUBI #MyAngkasaAmanah #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia #TeamMAABKopubi



KOMEN TERKINI