WANITA MALAYSIA PERTAMA DILANTIK PROFESOR MADYA DI UNIVERSITI OXFORD

Pakar kardiologi, Dr Masliza Mahmod melakar sejarah sebagai wanita pertama Malaysia yang dinaikkan pangkat sebagai Profesor Madya bagi Perubatan Kardiovaskular di Universiti Oxford, United Kingdom baru-baru ini. FOTO : Berita Harian (Laman web rasmi Radcliffe Department of Medicine)

DUNIA: WANITA MALAYSIA PERTAMA DILANTIK PROFESOR MADYA DI UNIVERSITI OXFORD

KUALA LUMPUR: Pakar kardiologi, Dr Masliza Mahmod melakar sejarah sebagai wanita pertama Malaysia yang dinaikkan pangkat sebagai Profesor Madya bagi Perubatan Kardiovaskular di Universiti Oxford, United Kingdom baru-baru ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengucapkan tahniah kepada Dr Masliza atas kenaikan pangkatnya selain mengakui kebijaksanaan dan pencapaian hebat beliau sebagai pakar kardiologi.

“Beliau sememangnya seorang pakar kardiologi yang bijak dan meskipun berdepan pelbagai kesulitan serta cabaran, ketabahan dan minat mendalam beliau dalam penyelidikan klinikal menjadikannya seorang pakar kardiologi akademik yang ulung.

Baca Lanjut