USTAZ EBIT LEW ‘CARI’ OKU YANG DIPAKAIKAN MASK OLEH TENTERA

KISAH KEHIDUPAN – USTAZ EBIT LEW CARI OKU YANG DIPAKAIKAN MASK OLEH TENTERA

Tular sebelum ini di media sosial, photo dan video seorang OKU berkerusi roda yang telah dipakaikan ‘mask’ oleh seorang tentera yang bertugas di dalam operasi Perintah Kawalan Pergerakan ekoran penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara pada ketika ini.

Posting tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna facebook bernama ‘Khairul Zulkefli‘ terus mendapat perhatian netizen dan telah dikongsi sebanyak 34,000 pengguna facebook yang lain pada waktu ini.

Susulan daripada kejadian itu, Penceramah Bebas yang sangat banyak membantu masyarakat ketika ini iaitu Ustaz Ebit Lew turut terkesan dan telah menanam semangat untuk bertemu dengan OKU berkenaan.

Baca Lanjut

DOKTOR RINDU PADA ABANG-ABANG TABLIGH YANG SENTIASA BERZIKIR

KISAH KEHIDUPAN – DOKTOR RINDU PADA ABANG-ABANG TABLIGH YANG SENTIASA BERZIKIR: “SENTIASA DENGAR AZAN DALAM WAD”

Petugas kesihatan antara barisan harapan negara dalam memerangi wabak Covid-19. Mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah pesakit. Jika pesakit memberikan kerjasama yang baik pasti memudahkan perawat namun sebaiknya pula berlaku.

Dr Mohd Afiq menerusi status yang dimuatnaik di Facebook, menyatakan kerinduan kepada pesakit Covid-19 daripada kluster Tabligh yang dikatakan sangat baik dan merendah diri.

Namun, merawat kelompok terbaru yang ‘menghuni’ wad menurutnya disifatkan lebih kepada merawat sifat pentingkan diri mereka daripada merawat covid itu sendiri.

Baca Lanjut

MAK CIK KIAH ‘TRENDING’ SELEPAS NAMA DISEBUT PM DALAM UCAPAN

TERKINI – MAK CIK KIAH ‘TRENDING’ SELEPAS NAMA DISEBUT PM DALAM UCAPAN

Rata-rata rakyat Malaysia pasti tersenyum lebar mendengar pengumuman daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi. Mana tidaknya, terdapat banyak bantuan yang diberikan kepada rakyat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Terdapat beberapa insentif yang menarik perhatian dan membantu rakyat untuk semua golongan. Ini bermaksud, tiada satu pun rakyat Malaysia yang tertinggal atau tidak dibantu.

Baca Lanjut

BEBAS DARIPADA COVID-19, PELANCONG CHINA SEDIA UNTUK ‘TRAVEL’ SEMULA SEAWAL APRIL INI

Gambar Hiasan (Google)

SAJA KONGSI – BEBAS DARIPADA COVID-19, PELANCONG CHINA SEDIA UNTUK ‘TRAVEL’ SEMULA SEAWAL APRIL INI

Bermula di wilayah Wuhan, siapa sangka wabak COVID-19 telah menjadi pandemik dan terus menular ke beberapa negara yang lain. Kes yang serius ini walau bagaimanapun berjaya ditangani China dimana China kini bebas daripada wabak ini.

Bersempena dengan negara China yang bebas wabak COVID-19, rakyat mereka yang popular dengan minat untuk melancong ke negara luar dilaporkan tidak menunggu lama untuk ke luar negara dan bakal travel seawal April ini.

Baca Lanjut