BEG TANGAN ROSAK, ROSMAH MAHU KERAJAAN BAYAR GANTI RUGI ATAU GANTIKAN DENGAN YANG BAHARU

Gambar – The Vocket

ISU SEMASA: BEG TANGAN ROSAK, ROSMAH MAHU KERAJAAN BAYAR GANTI RUGI ATAU GANTIKAN DENGAN YANG BAHARU

Salah satu rahsia yang dibongkarkan dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah koleksi beg tangan mewah Datin Seri Rosmah Mansor yang dirampas semasa serbuan di rumah bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Terbaharu, menurut Sinar Harian, beg tangan berjenama yang bernilai jutaan ringgit  telah dirosakkan secara cuai oleh pihak polis semasa mengendalikan barang-barang tersebut.

Peguam yang mewakili Najib dan Rosmah, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, kerosakan pada beg tangan itu disedari semasa pemeriksaan barang yang dilakukan di Bank Negara. Pemeriksaan dibuat oleh Najib, Rosmah dan anak perempuan mereka, Nooryana Najwa.

Baca Lanjut

HARGA CECAH JUTAAN RINGGIT? JENAMA BIJAN TIBA-TIBA FEMES DI MALAYSIA

HARGA CECAH JUTAAN RINGGIT, APA KEISTIMEWANYA BEG TANGAN JENAMA BIJAN INI..?

Pendedahan yang dibuat semalam oleh Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengenai jumlah dan nilai rampasan yang dibuat dibeberapa kediaman yang dipercayai mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, satu jenama beg tangan betul-betul menarik perhatian orang ramai. Baca Lanjut