PKPP: RENTAS NEGERI DIBENARKAN MULAI RABU INI

Gambar fail, anggota Polis memeriksa dokumen perjalanan dari setiap kenderaan di sekatan jalan raya yang dibuat sebelum Plaza Tol Gombak menghala ke Kuala Lumpur dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). – Foto Berita Harian

PKPP: RENTAS NEGERI DIBENARKAN MULAI RABU INI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 10 Jun hingga 31 Ogos ini.

PKPP antara lain membenarkan pergerakan rentas negeri selain beberapa aktiviti yang dilarang ketika PKPB akan dibenarkan.

“Perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD,” katanya dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial, hari ini.

Baca Lanjut