MESYUARAT AJK INDUK PUBI PERAK BIL – 02/2025

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) terus menunjukkan komitmen tinggi dalam memperkasa gerak kerja persatuan melalui penganjuran Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Bil.02/2025 yang telah diadakan pada 5 Jun 2025 bertempat di Pejabat Utama Kumpulan PUBI Perak di Station 18, Ipoh.

Baca Lanjut