MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPUBI PERAK BHD KALI KE-6

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 30hb Jun 2024 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) Kali-6 Tahun 2024 bertempat di Bangunan UTC Perak, Jalan Onn Jaafar , 30300 Ipoh Perak dan dijalankan juga secara di dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet.

Alhamdulillah, mesyuarat ini telah berjalan dengan baik selaras dengan peruntukan undang-undang kecil penubuhan koperasi serta aturan-aturan yang telah ditetapkan dan telah dipengerusikan oleh En Sharul Baha b. Abd Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd.

Turut hadir adalah barisan Ahli Lembaga Koperasi serta anggota koperasi seramai 141 orang yang telah hadir secara bersemuka dan juga secara di dalam talian menggunakan platform Google Meet.

Baca Lanjut

PERSEDIAAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPUBI PERAK BHD KALI KE-6

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 29hb jun 2024 yang lalu, Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd telah berkumpul di pejabat Kumpulan PUBI yang terletak Station 18 Ipoh Perak bagi membuat persiapan serta perbincangan akhir bagi mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan KOPUBI Perak Bhd kali-6 yang berlangsung pada 30hb Jun 2024.

Alhamdulillah, En Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd telah mengetuai persiapan serta perbincangan akhir ini dan turut dibantu oleh En Haizul Fakarudin selaku Timbalan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd merangkap Setiausaha Koperasi.

Hadir bersama pada sesi persiapan dan perbincangan akhir Mesyuarat Agung Tahunan KOPUBI Perak Bhd Kali ke-6 ini adalah Bendahari Koperasi iaitu En Mohamad Firdaus, Pn Zuraida selaku Penolong Setiausaha, Pn Norhuda dan En Khairul Akmal selaku Ahli Lembaga Koperasi serta dua orang Juruaduit Dalaman KOPUBI Perak Bhd iaitu Pn Nor Azlina dan juga En Mohammad Nafis.

Baca Lanjut