
TERKINI – NOOR HISHAM: TAK PERLU PAKAI PENUTUP MULUT JIKA TIADA SIMPTOM
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan orang ramai bahawa tidak perlu memakai penutup hidung dan mulut kecuali mempunyai simptom Covid-19 seperti selesema atau batuk.
“Saya ingin memberi penekanan di sini sekali lagi, penutup mulut dan hidung adalah untuk melindungi pekerja penjagaan kesihatan ketika mereka berhadapan dengan pesakit.
“Di khalayak ramai, anda tidak perlu memakai penutup hidung dan mulut melainkan jika anda mempunyai simptom hidung berair atau batuk, jadi tidak perlu memakai penutup hidung dan mulut, kecuali terdapat petunjuk untuk memakainya,” katanya dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat Kementerian Kesihatan di Putrajaya hari ini.
Baca Lanjut →





KOMEN TERKINI