IBADAT HAJI TAHUN INI DITANGGUHKAN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri | Gambar Harian Metro

TERKINI: IBADAT HAJI TAHUN INI DITANGGUHKAN

KERAJAAN memutuskan menangguhkan ibadat haji untuk semua rakyat Malaysia bagi Musim Haji 1441 ke tahun hadapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, keputusan itu sudah mendapat titah perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurutnya, keputusan itu juga diambil berdasarkan taklimat disampaikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH) serta perbincangan ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang,pada 9 Jun.

Baca Lanjut

MYSEJAHTERA: DOWNLOAD & CLAIM KREDIT RM50 EWALLET ANDA!

MYSEJAHTERA: DOWNLOAD & CLAIM KREDIT RM50 EWALLET ANDA!

Kerajaan telah mengumumkan pemberian kredit RM50 seperti yang diumumkan sebelum ini hanya kepada anda yang telah memuat turun aplikasi MySejahtera sahaja.

MySejahtera merupakan aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh kerajaan untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di negara kita.

Premis perniagaan turut digalakkan mendaftar aplikasi ini bagi memudahkan KKM mendapatkan maklumat awal sekiranya berlakunya penularan COVID-19 di kawasan anda.

Baca Lanjut

TARIKH BAYARAN BSH FASA 3 (JULAI) & TAMBAHAN BSH RM150 SEORANG

INFO: TARIKH BAYARAN BSH FASA 3 (JULAI) & TAMBAHAN BSH RM150 SEORANG

Berikut adalah tarikh bayaran BSH fasa 3 yang dijangka dibayar pada bulan Julai nanti. Untuk makluman, pembayaran BSH fasa 2 telah pun bermula 16 Mac lepas.

Manakala bantuan BPN telah selesai dikreditkan ke akaun pemohon sepanjang bulan Mei lepas. Bagi penerima GKP pula, pembayarana kan dibuat bermula 15 Jun nanti sebanyak RM3,000.

Semakan Status pembayaran Bantuan Sara Hidup boleh dibuat pada Portal BSH > Menu Semakan Status Permohonan (Maklumat Pembayaran BSH 2020).Berikut merupakan paparan status pembayaran dan tindakan yang perlu diambil:

Baca Lanjut

INTIPATI PELAN JANA SEMULA EKONOMI NEGARA (PENJANA)

EKONOMI: INTIPATI PELAN JANA SEMULA EKONOMI NEGARA (PENJANA)

Pada 5hb Jun 2020 yang lalu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek iaitu Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

PENJANA dilaksanakan bagi memulihkan semula ekonomi negara akibat kesan daripada penularan wabak COVID-19.

Kesan tersebut boleh dilihat apabila kadar pengangguran dalam negara meningkat dan dijangka mencecah sehingga 800,000 orang menjelang akhir tahun 2020.

Baca Lanjut