DUA BERADIK YATIM PIATU, IBU BAPA MAUT KEMALANGAN DI PLUS

KEMALANGAN – DUA BERADIK YATIM PIATU, IBU BAPA MAUT KEMALANGAN DI PLUS

JOHOR BAHRU, 10 Mei — Dua beradik menjadi yatim piatu sekelip mata apabila ibu bapa mereka maut dalam kemalangan setelah kereta yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 20.8, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini malam tadi.

Lebih menyayat hati, kemalangan itu hanya disedari oleh pihak penyelenggaraan Propel PLUS kira-kira 12 jam selepas itu iaitu pada 10.40 pagi tadi, kata Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow.

Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku kira-kira pukul 11.00 malam ketika mangsa yang merupakan seorang jurutera dan isteri, seorang pegawai kaunselor di sebuah hospital serta dua anak lelaki mereka berumur enam dan empat tahun dalam perjalanan dari Muar menuju ke Johor Bahru.

Baca Lanjut

MAUT KETIKA HANTAR TEMPAHAN PELANGGAN

KEMALANGAN – MAUT KETIKA HANTAR TEMPAHAN PELANGGAN

LELAKI maut dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Kilometer 3 Kampung Cina – Seri Manjung dekat Manjung, hari ini, ketika dalam perjalanan menghantar daging tempahan pelanggannya.

Dalam kejadian 3.25 petang itu, mangsa, Amirul Aliff Aris, 30, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala manakala seorang lagi penunggang cedera.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda AFP110MCRE itu dari arah Sitiawan menghala ke Seri Manjung.

Baca Lanjut

TEMUI AJAL SELEPAS SELESAI TUGAS OPS COVID

KEMALANGAN – TEMUI AJAL SELEPAS SELESAI TUGAS OPS COVID

SEORANG anggota polis yang baru pulang menjalankan tugas Ops Covid dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maut dalam kemalangan di Jalan Kedondong, Pokok Sena, Alor Setar, hari ini.

Anggota terbabit, Koperal Zamansari Abd Rahim@ Shafii, 50, meninggal dunia di tempat selepas motosikal Yamaha Ego Solariz yang ditungganginya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, mangsa yang bertugas di Balai Polis Kepala Batas, Alor Setar, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kuala Nerang.

Baca Lanjut

JENAZAH KOPERAL SAFWAN SELAMAT DIKEBUMIKAN

Jenazah Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Bata, Tanjung Rambutan | Foto Balqis Jazimah Zahari – BH Online

TERKINI – JENAZAH KOPERAL SAFWAN SELAMAT DIKEBUMIKAN

IPOH: Jenazah anggota polis yang maut dirempuh pacuan empat roda ketika melakukan sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Selangor selamat dikebumikan di Tanjung Rambutan awal pagi, hari ini.

Jenazah Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Bata jam 6 pagi sejurus selesai azan Subuh.

Terdahulu, jenazah tiba jam 5.20 pagi dengan van jenazah milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan diringi 25 kenderaan dari Hospital Serdang.

Baca Lanjut