NENEK MAUT DITIKAM PERAGUT.

JENAYAH – NENEK MAUT DITIKAM PERAGUT.

SEORANG warga emas meninggal dunia dipercayai ditikam peragut dalam kejadian di Kampung Tok Kamis, di Pasir Puteh, petang semalam.

Lebih menyedihkan, kejadian kejam menimpa Azizah Mohamed, 82, disedari ahli keluarga, jam 6.10 petang, sejam sebelum waktu berbuka.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintedan, Mohd Azmir Damiri berkata, ketika kejadian anak dan menantunya, Nasaruddin Adam, 43 dan Musliza Mohamad, 43, keluar membeli lauk untuk juadah berbuka, manakala mangsa berada di rumah bersama seorang lagi anaknya, Yusliza Adam, 40 yang juga orang kurang upaya (OKU).

Baca Lanjut

MACAU SCAM: PENSYARAH DAKWA KERUGIAN LEBIH RM100,000

TERKINI – MACAU SCAM: PENSYARAH DAKWA KERUGIAN LEBIH RM100,000

KUANTAN, 26 April — Seorang pensyarah di sini, membuat laporan polis mendakwa kerugian RM116,349 selepas terpedaya dengan helah sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis dan kakitangan syarikat telekomunikasi. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 57 tahun mendakwa dihubungi suspek lelaki pada Selasa lepas, kononnya daripada syarikat telekomunikasi yang mahu menyemak talian kerana dimaklumkan telah disalah guna untuk judi dalam talian. 

“Mangsa mendakwa memberikan kerjasama kepada permohonan itu dan suspek pertama juga telah menyambungkan talian kepada suspek kedua yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis berpangkat Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Seremban, Negeri Sembilan. 

Baca Lanjut

LELAKI MAHU PUKUL IBU GUNA CANGKUL SELEPAS DIGANGGU KETIKA TIDUR

Gambar – Google

KISAH KEHIDUPAN – LELAKI MAHU PUKUL IBU GUNA CANGKUL SELEPAS DIGANGGU KETIKA TIDUR

PARIT, 25 April — Berang diganggu ketika tidur, seorang lelaki nekad hendak memukul ibunya menggunakan sebatang cangkul dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Jalan Ulu Dedap, Kampung Gajah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Barudin Wariso berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu, suspek yang berumur 32 tahun dan bekerja sebagai pembantu di kedai makan milik ibunya turut memukul dua adik perempuannya menggunakan penyapu. 

Katanya, kejadian berlaku apabila suspek sedang tidur di atas katil di ruang rehat rumah sebelum seorang adiknya berumur 15 tahun mahu menyapu ruangan itu.

Baca Lanjut

NURSAHIRA: ‘MAAFKAN SAYA POLIS, SAYA MENYESAL’

NURSAHIRA: ‘MAAFKAN SAYA POLIS, SAYA MENYESAL’

PENDANG: “Saya betul-betul menyesal dan tak akan ulangi kesilapan yang sama, maafkan saya polis… saya akan jadikan ia sebagai pengajaran bermakna,” kata pembantu kedai, Nursahira Mohd Mizuar, 20.

Itu luahan penyesalan Nursahira yang dituduh menghina polis menerusi Facebook pada 27 Mac lalu dan berjanji akan mengubah kelakuan menjadi wanita yang lebih baik.

Keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar, Khamis lalu yang membenarkan permohonan Nursahira menangguhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM10,000 ibarat peluang kedua kepada wanita itu.

Baca Lanjut