SENARAI LENGKAP BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN UNTUK RAKYAT AKIBAT COVID-19

SENARAI LENGKAP BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN UNTUK RAKYAT AKIBAT COVID-19

Tidak dinafikan bahawa penularan wabak Covid-19 yang semakin meluas di Malaysia telah menyebabkan rakyat Malaysia mengalami kesusahan dalam kehidupan harian. Wabak ini bukan sahaja telah menjejaskan kesihatan, malah turut menjejaskan perniagaan dan kehidupan sosial masyarakat.

Menurut laporan Sinar Harian, syarikat penerbangan Malaysia Airlines telah pun mengumumkan bahawa seramai 13,000 pekerja syarikat tersebut perlu mengambil cuti tanpa gaji disebabkan banyak penerbangan yang terpaksa dibatalkan.

Itu baru satu syarikat penerbangan, bayangkan banyak lagi syarikat dan premis perniagaan yang lain telah mengarahkan pekerja bercuti seketika berikutan dengan penularan wabak yang berlaku di mana telah menyebabkan ramai pekerja terpaksa menanggung nasib cuti tanpa gaji.

Baca Lanjut

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN RM600 SEBULAN JIKA TERPAKSA CUTI TANPA GAJI

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN RM600 SEBULAN JIKA TERPAKSA CUTI TANPA GAJI

Berikut dikongsikan panduan permohonan bantuan RM600 PERKESO khas untuk para pekerja yang terkesan akibat wabak COVID-19.

Permohonan boleh dibuat secara online di portal rasmi PERKESO bermula 20 Mac nanti.

Bantuan ini sebahagian daripada program pengekalan pekerjaan atau Employement Retention Programme (ERP) di bawah Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO.

Baca Lanjut

GARIS PANDUAN DAN CARA MEMOHON BANTUAN KHAS COVID-19 SEBANYAK RM100 SEHARI

GARIS PANDUAN DAN CARA MEMOHON BANTUAN KHAS COVID-19 SEBANYAK RM100 SEHARI

Tahukah anda selain bantuan RM600 sebulan, kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara atau NADMA turut menyediakan bantuan khas COVID-19 sebanyak RM100 sehari.

Namun bantuan ini hanya untuk mereka yang kehilangan sumber pendapatan / tiada gaji sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Berikut dikongsikan garis panduan permohonan bantuan khas tersebut.

Baca Lanjut

ANGKA KEMATIAN DI ITALI MENGATASI CHINA

TERKINI – ANGKA KEMATIAN DI ITALI MENGATASI CHINA

Itali melaporkan 427 kematian akibat COVID-19 pada Khamis, menjadikan jumlah korban di negara berkenaan meningkat kepada 3,405 orang.

Itali melaporkan 427 kematian akibat COVID-19 pada Khamis, menjadikan jumlah korban di negara berkenaan meningkat kepada 3,405 orang.

Angka tersebut melebihi jumlah kematian di China yang setakat Khamis mencatatkan 3,249 mangsa, kurang 156 dari Itali.

Baca Lanjut