INDONESIA DIRAMAL MENJADI PUSAT PANDEMIK COVID-19 SELEPAS CHINA DAN ITALY?

Presiden Joko Widodo bersama Menteri BUMN Erick Thohir di bilik IGD ketika meninjau Rumah Sakit Darurat Penanganan COVID-19 Wisma Atlet Kemayoran, Jakarta | Kredit Photo – Jakarta Globe

PULASAN – INDONESIA DIRAMAL MENJADI PUSAT PANDEMIK COVID-19 SELEPAS CHINA DAN ITALY?

JAKARTA: Indonesia yang mempunyai kekurangan yang signifikan bilangan katil hospital, kakitangan perubatan dan kemudahan rawatan rapi dilihat oleh pakar-pakar kesihatan sangat berisiko dan memberi amaran bahawa ia akan menjadi teras pusat pandemik Covid-19, menurut data yang ditinjau oleh Reuters.

Pakar-pakar kesihatan juga mengatakan bahawa Indonesia menghadapi lonjakan dalam kes covid-19 selepas respon kerajaan yang lambat serta menyembunyikan skala wabak di negara yang paling ramai penduduk keempat di dunia.

Indonesia telah mencatatkan 686 kes tetapi data dilihat sebagai mengatasi skala jangkitan kerana kadar pengujian yang rendah dan kadar kematian yang tinggi. Indonesia telah melaporkan 55 kematian, yang tertinggi di Asia Tenggara.

Baca Lanjut

PHOTO WANITA MATI DITELAN ULAR DI SULAWESI

SEORANG WANITA TELAH TERBUNUH PADA 14HB JUN 2018 YANG LALU AKIBAT DIMAKAN ULAR.

Kejadian dilaporkan berlaku di Desa Persiapan Lawela, Kecamatan Lohia, Kabupaten Muna, Sulawesi,  Tenggara, Indonesia. Wanita tersebut yang dikenali sebagai Wa Tiba berumur 54 tahun dipercayai telah ke kebunnya pada hari khamis petang dan tidak pulang ke rumah seharian. Baca Lanjut