PERJUMPAAN BERSAMA TEAM MYANGKASA AMANAH BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Pada 28 Ogos 2025 yang lalu, satu sesi perjumpaan bulanan penuh semangat dan berinspirasi telah berjaya dilaksanakan di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd, Station 18, Ipoh.

Perjumpaan yang menjadi agenda tetap setiap bulan ini bukan sahaja menjadi platform perbincangan dan pemantauan prestasi, malah turut menjadi medan untuk memperkukuh semangat pasukan serta memperkasakan strategi pemasaran demi mencapai sasaran yang telah digariskan bersama.

Dipengerusikan oleh En. Sharul Baha bin Abd Rahman, Pengerusi KOPUBI Perak Bhd merangkap Setiausaha Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak, sesi ini telah berjalan lancar dengan kehadiran barisan Pengurus Kumpulan yang merupakan tonggak penting dalam ekosistem pemasaran produk MyANGKASA Amanah Berhad di negeri Perak.

Baca Lanjut

PERJUMPAAN BERSAMA TEAM MYANGKASA AMANAH BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 11hb Mac 2025 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Perjumpaan Bersama Team MyANGKASA Amanah Bhd anjuran KOPUBI Perak Bhd bertempat di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd,Station 18, Ipoh Perak.

Tujuan perjumpaan adalah untuk membincangkan aktiviti Perkhidmatan Penulisan Wasiat, Hibah dan juga Pengurusan Harta Pusaka yang ditawarkan oleh KOPUBI Perak Bhd kepada Anggota dan juga Masyarakat Umum.

Untuk makluman, ini adalah perjumpaan ketiga bagi tahun 2025 melibatkan Pengurus Kumpulan dan Pengurus Pemasaran KOPUBI Perak Bhd bagi melaksanakan usahsama strategik sebagai Rakan Niaga Premium Koperasi dengan kerjasama anak syarikat ANGKASA iaitu MyAngkasa Amanah Bhd.

Baca Lanjut

KELAS TEKNIKAL TEAM MAAB – KOPUBI

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 04hb Mac 2025 yang lalu, Team MyAngkasa Amanah KOPUBI Perak Bhd telah mengadakan sebuah Kelas Latihan Teknikal kepada Pengurus Kumpulan, Pengurus Pemasaran dan juga Wakil Pemasaran di bawah seliaan KOPUBI Perak Bhd.

Alhamdulillah kerana Kelas Teknikal ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd bertempat di Station 18, Ipoh Perak.

Syukur kerana wakil-wakil daripada KOPUBI Perak Bhd telah menyertai Kelas Teknikal dan telah dihidangkan dengan ilmu pengetahuan yang mampan berkaitan Pengurusan Harta Pusaka dan juga Wasiat.

Baca Lanjut