PADAH MENANTI JIKA BERIKAN ANAK PERANTI ELEKTRONIK LEBIH DUA JAM SEHARI

Gambar Fail Bernama

PADAH MENANTI JIKA BERIKAN ANAK PERANTI ELEKTRONIK LEBIH DUA JAM SEHARI

KUALA LUMPUR, 5 Jan — Penggunaan peranti elektronik berlebihan dalam kalangan kanak-kanak boleh membantutkan perkembangan mental dan emosi selain berkemungkinan meningkatkan kadar rabun jauh pada usia muda. 

Dalam aspek kesan penggunaan peranti elektronik kepada mata, ia boleh menyebabkan kanak-kanak berhadapan masalah rabun jauh dalam usia yang tidak sepatutnya, manakala dalam aspek mental dan emosi, ‘ketagihan’ peranti elektronik boleh membawa kepada sikap agresif jika tidak dapat menggunakan alatan itu. 

Berkongsi mengenai kesan peranti elektronik kepada mata, Pakar Perunding Oftalmologi Dr Azura Ramlee daripada Prof Muhaya Eye & Lasik Centre (PMELC) berkata peningkatan bilangan kanak-kanak mengalami rabun jauh atau ‘myopia’ akibat kerap menggunakan alatan itu adalah isu yang perlu ditangani pada peringkat awal.

Baca Lanjut