PANDU LALU, TEMPAH DAN AMBIL, E-BAZAR, TIDAK DIBENARKAN SEPANJANG RAMADHAN

TERKINI – PANDU LALU, TEMPAH DAN AMBIL, E-BAZAR, TIDAK DIBENARKAN SEPANJANG RAMADHAN

KERAJAAN memutuskan tidak membenarkan e-Bazar dilaksanakan sempena Ramadan kali ini sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hasil mesyuarat hari ini selepas meneliti dan mendengar pandangan Kementerian Wilayah melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung cadangan untuk melaksanakan e-Bazar memutuskan ia tidak dibenarkan.

Baca Lanjut

eBAZAAR RAMADHAN PUBI PERAK 2020

eBAZAAR RAMADHAN PUBI PERAK 2020

PUBI Perak sebagai salah sebuah NGO Usahawan yang prihatin dan aktif di Bandaraya Ipoh melancarkan sebuah program bantu peniaga/penjaja dengan mewujudkan sebuah ‘FB Group’ bagi menghimpunkan peniaga-peniaga bazaar ramadhan dan juga pelanggan-pelanggan yang ingin menempah makanan untuk berbuka puasa sepanjang bulan ramadhan ini.

Memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkemungkinan besar akan dilanjutkan maka operasi Bazaar Ramadhan seperti yang berlangsung sebelum ini terpaksa dihentikan.

Melalui usaha ini peniaga-peniaga yang terjejas ekoran peristiwa ini akan dapat menjalankan perniagaan mereka secara COD disamping masyarakat setempat akan dapat menikmati juadah kegemaran mereka untuk berbuka puasa.

Baca Lanjut