TERKINI – COVID-19: KES TERBARU LIBATKAN WANITA RAKYAT MALAYSIA BARU PULANG DARI JEPUN
Wabak koronavirus dikesan selepas organisasi itu dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar Wuhan, di wilayah Hubei, China. Pihak berkuasa China pada 7 Januari lalu mengesahkan Koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.
Virus itu tidak sepadan dengan virus lain yang diketahui, dan mencetuskan kebimbangan kerana tidak banyak yang diketahui mengenai virus ini seperti tahap bahayanya dan bagaimana kesan jangkitannya terhadap manusia.
Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, terdapat dua (2) kes yang disahkan positif Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) telah pulih sepenuhnya, manakala terdapat satu (1) kes baharu yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI