PKPB: PERAK LARANG MAKAN DI PREMIS

Gambar – Google

TERKINI – PKPB: PERAK LARANG MAKAN DI PREMIS

IPOH: Perak akan menerima pakai Prosedur Operasi Standard (SOP) Pembukaan Ekonomi seperti yang diumumkan Kerajaan Persekutuan pada Jumaat.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suadi Abdul Rahim berkata walau bagaimanapun, Perak telah menetapkan beberapa kawalan khususnya berkaitan sektor makanan, serta sukan dan rekreasi.

Jelasnya bagi sektor makanan, sebarang aktiviti makan di premis atau ‘dine in’ tidak dibenarkan kecuali bagi tujuan bungkus dan penghantaran.

Baca Lanjut

TULAR PELAJAR UNIVERSITI TINGGAL DI KHEMAH, USTAZ EBIT LEW SINGGAH MELAWAT

KISAH KEHIDUPAN – TULAR PELAJAR UNIVERSITI TINGGAL DI KHEMAH, USTAZ EBIT LEW SINGGAH MELAWAT

Tular sebelum ini di media sosial, kisah seorang pelajar UTM Skudai yang sedang mengikuti program Ph.D dalam jurusan kejuruteraan awam balik ke kampong halamannya di Malan, Dangi diviralkan oleh pemandu kenderaan IPD yang menghantar beliau balik sebelum ini.

Pelajar tersebut, Maznah Binti Ismail yang terkandas dalam kampus sejak penularan wabak Covid 19 dibenarkan balik ke kampong bersama pelajar lain selepas larangan PKP dilonggarkan oleh Kerajaan.

Beliau tinggal bersama dalam khemah usang itu ialah Abang kandungnya, Radzuan bin Ismail bersama isteri dan 6 orang anak beliau. Radzuan bekerja di Kilang Sawit di Batu 10, tidak mampu mendirikan rumah baharu.

Baca Lanjut

COVID-19: PESAKIT KRITIKAL TAHAP 5 KINI TELAH DISAHKAN PULIH DAN DIBENARKAN PULANG

COVID-19: PESAKIT KRITIKAL TAHAP 5 KINI TELAH DISAHKAN PULIH DAN DIBENARKAN PULANG

Semalam, satu lontaran di instagram milik Sinar_My telah melaporkan berita yang sangat mengembirakan iaitu seorang daripada pesakit Covid-19 yang kritikal tahap 5 kini telah disahkan pulih sepenuhnya dari penyakit itu.

Dari sebuah photo yang dikongsikan, kelihatan sekumpulan kakitangan hospital menunjukan aksi sambil menunding jari kepada pesakit tersebut tanda kegembiraan mereka.

Baca Lanjut

SOALAN LAZIM BNM MENGENAI SEWA BELI DAN PRODUK PEMBIAYAAN ISLAM BERKADAR TETAP (MORATORIUM)

INFO – SOALAN LAZIM BNM MENGENAI SEWA BELI DAN PRODUK PEMBIAYAAN ISLAM BERKADAR TETAP (MORATORIUM)

Susulan daripada pengumuman oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 25 Mac 2020 yang lalu, institusi perbankan sedang dalam proses memformalkan perjanjian-perjanjian bagi mencerminkan semakan terhadap syarat pembayaran balik dengan pihak peminjam/pelanggan yang mempunyai pinjaman sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap bagi pelaksanaan moratorium 6 bulan untuk pembayaran pinjaman/pembiayaan.

Langkah ini adalah bagi memenuhi keperluan prosedur di bawah Akta Sewa Beli 1967 dan keperluan Syariah yang terpakai bagi apa-apa perubahan yang dibuat terhadap syarat perjanjian-perjanjian tersebut, termasuk perubahan kepada jadual pembayaran dan/atau jumlah pembayaran berikutan moratorium ini.

Sehubungan dengan itu, BNM telah meminta institusi perbankan untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan peminjam/pelanggan diberikan maklumat yang jelas mengenai proses dan perubahan terhadap syarat perjanjian mereka, selain menetapkan cara paling sesuai dan mudah untuk memuktamadkan perjanjian-perjanjian tersebut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Baca Lanjut