ADA YANG TAK LULUS & HANYA TERIMA RM500, SEGELINTIR NETIZEN PERSOAL KEPUTUSAN SEMAKAN BPN

KISAH KEHIDUPAN – ADA YANG TAK LULUS & HANYA TERIMA RM500, SEGELINTIR NETIZEN PERSOAL KEPUTUSAN SEMAKAN BPN

Orang ramai sudah boleh membuat semakan status kelayakan mereka bagi permohonan baru dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bermula hari ini.

Dalam kenyataan soalan lazim semalam, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyenaraikan beberapa alasan penolakan permohonan, antaranya gaji melebihi RM4,000, mempunyai rekod syarikat dan pendapatan isi rumah melebihi RM8,000.

Berikut adalah Soalan Lazim BPN Bagi Permohonan Baharu & Rayuan yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ;

Baca Lanjut

2.3 JUTA PERMOHONAN BAHARU BPN DILULUSKAN

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

TERKINI – 2.3 JUTA PERMOHONAN BAHARU BPN DILULUSKAN

KUALA LUMPUR: Lebih 2.3 juta permohonan baharu dan juga rayuan untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) diluluskan berjumlah RM1.7 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata jumlah itu adalah permohonan baharu dan rayuan BPN yang dibuka dari 1 hingga 30 April lalu bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar layak dan memerlukan.

Beliau berkata, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) juga selesai membuat semakan ke atas permohonan baharu dan rayuan ini.

Baca Lanjut

SEMAKAN KELULUSAN BPN BAGI PERMOHONAN BARU DAN RAYUAN MULAI 9 MEI

TERKINI – SEMAKAN KELULUSAN BPN BAGI PERMOHONAN BARU DAN RAYUAN MULAI 9 MEI

Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020 dan Siaran Media Kementerian Kewangan mengenai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bertarikh 29 Mac 2020 yang lalu.

Jumlah keseluruhan BPN sebanyak RM9.24 bilion akan dibayar dalam dua fasa dan terbaharu pembayaran BPN fasa 2 telah dibuat bermula 4 Mei 2020 yang lalu.

Mana-mana penerima fasa sebelum ini, anda boleh semak akaun masing-masing bermula tarikh yang dinyatakan. Bayaran ini termasuklah untuk golongan B40 dan M40 kategori isi rumah dan bujang.

Baca Lanjut

TIADA CAJ TAMBAHAN ATAS BAYARAN ANSURAN PERJANJIAN SEWA BELI (KONVENSIONAL DAN SHARIAH)

TERKINI – TIADA CAJ TAMBAHAN ATAS BAYARAN ANSURAN PERJANJIAN SEWA BELI (KONVENSIONAL DAN SHARIAH)

Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku Menteri Kewangan Malaysia;

Merujuk kepada saranan Kerajaan kepada industri perbankan mengenai pelupusan caj tambahan ke atas ansuran bagi pinjaman sewa beli (konvensional dan Shariah), sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah mencapai kata sepakat dengan industri perbankan berhubung perkara ini.

Persetujuan dicapai untuk menetapkan bahawa jumlah ansuran bulanan pinjaman tidak akan berubah bagi peminjam sewa beli (konvensional dan Shariah) sepanjang tempoh pembiayaan tersebut.

Baca Lanjut