BOLEH BAYAR BIL ELEKTRIK SECARA ANSURAN

TERKINI: BOLEH BAYAR BIL ELEKTRIK SECARA ANSURAN

PELANGGAN Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sektor rumah kediaman diberi kemudahan membayar bil penggunaan elektrik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara ansuran.

Ketua Pegawai Runcit TNB, Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata, ansuran itu akan diberikan kepada semua pengguna secara automatik bagi bil elektrik Mac, April dan Mei.

“Bayaran ansuran itu boleh dibuat sehingga Disember tahun ini dan kita menetapkan bahawa tiada caj tambahan akan dikenakan terhadap pengguna sepanjang tempoh ansuran ini.

Baca Lanjut