COVID-19: BAYAR ZAKAT FITRAH DALAM TALIAN

Dr Zulkifli menunjuk portal Zakat Online selepas melancarkannya di Masjid Salahuddin Al Ayyubi, Taman Melati, Kuala Lumpur – Foto BERNAMA

COVID-19: BAYAR ZAKAT FITRAH DALAM TALIAN

KUALA LUMPUR: Kaedah bayaran dalam talian bagi zakat fitrah diperkenalkan untuk memudahkan proses pembayaran dibuat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata kaedah diperkenalkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) itu bertujuan meringankan beban umat Islam dan mengambil kira keadaan semasa.

Selain itu katanya, kaedah kutipan zakat fitrah secara tradisional diteruskan menerusi 919 amil dilantik dengan lokasinya tertakluk kepada PKP dan arahan kerajaan.

Baca Lanjut

KADAR & KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH PADA TAHUN 1441H/2020M BAGI SELURUH MALAYSIA

INFO – KADAR & KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH PADA TAHUN 1441H/2020M BAGI SELURUH MALAYSIA

Ramadhan bakal kembali tidak lama lagi. Umat Islam dinasihatkan agar tidak lupa untuk mengeluarkan zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit pembayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

Pun begitu, zaman makin maju, teknologi pun makin canggih.  Jadi, untuk anda yang mempunyai kekangan masa yang agak terhad, anda boleh membayar zakat fitrah melalui ‘online banking’ yang menawarkan servis tersebut.

Tujuan zakat fitrah ini adalah supaya sumbangan anda boleh diagihkan kepada golongan yang layak menerima sebelum menjelang Raya.

Baca Lanjut

ADAKAH PAMPASAN RM1.17 JUTA KEPADA WARIS MANGSA TRAGEDI KREN TUMBANG DI MEKAH TERMASUK DALAM HARTA PUSAKA?

INFO – ADAKAH PAMPASAN RM1.17 JUTA KEPADA WARIS MANGSA TRAGEDI KREN TUMBANG DI MEKAH TERMASUK DALAM HARTA PUSAKA?

Jika kita masih ingat pada musim haji tahun 2015, telah berlaku satu insiden yang sangat menyayat hati bagi umat Islam seluruh dunia. Sebuah kren pembinaan telah tumbang ke dalam Masjidil Haram dan mengorbankan lebih daripada 100 jemaah haji dan mencederakan lebih daripada 230 orang.

Di antara yang terkorban termasuklah tujuh orang Jemaah Haji daripada Malaysia. Berikutan daripada bencana itu, Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud telah menjanjikan untuk memberi pampasan kepada semua waris Jemaah haji yang terkorban dalam insiden itu sebanyak 1 juta Saudi Riyal (anggaran RM1.17 juta).

Pada 14 Januari yang lalu, Kerajaan Arab Saudi melalui Duta Arab Saudi ke Malaysia Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan telah menyampaikan pampasan tersebut kepada waris Jemaah haji yang telah terkorban.

Baca Lanjut