INF0 – SAHAM MR DIY DAH BOLEH BELI DI MITI, KHAS UNTUK BUMIPUTERA

Masa yang dinanti-nantikan semakin hampir, apabila IPO bagi MR DIY bakal disenaraikan di Bursa Malaysia dalam tahun 2020 ini.

Kita sebagai golongan Bumiputera sangat bertuah kerana saham Mr DIY kini boleh dipohon di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Ada sebanyak 470 juta unit diperuntukkan untuk golongan Bumiputera, memang berpeluang besar untuk jadi shareholder mereka ni.

This image has an empty alt attribute; its file name is Saham-Mr-DIY-Dah-Boleh-Beli-Di-MITI-Khas-Untuk-Bumiputera3-700x432.jpg

Buat masa sekarang, harga tawaran IPO bagi MR DIY masih belum ditentukan. Tapi katanya harga seunit saham mungkin RM1 ke atas. Maknanya bukan penny stock atau saham sen-sen, kena standby modal besar sikit.

20 Produk Milik Robert Kuok Yang Digunakan Setiap Hari Yang Ramai Tak Tahu –>

SEKALI IMBAS MR DIY

Sumber: Laman Web MR DIY

Samada kita sedar atau tidak, Mr DIY kini mempunyai 415 buah kedai di seluruh Malaysia. Mereka menawarkan lebih daripada 20,000 produk berlainan dengan harga yang sangat berpatutan.