KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Pada 29 Ogos 2025, seawal jam 6 pagi, para peserta kontinjen telah mula berkumpul di Ipoh Padang bagi menyertai Raptai Penuh Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan ke-68. Raptai rasmi ini menampilkan gabungan 93 buah kontinjen yang terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta, badan bukan kerajaan (NGO), serta pencaragam sekolah.

Antara kontinjen yang mengambil bahagian adalah kontinjen daripada KOPUBI Perak Bhd dalam Kontinjen ANGKASA Negeri Perak, bersama beberapa koperasi lain yang berada di bawah naungan ANGKASA.

Untuk makluman semua, Kontinjen ANGKASA Negeri Perak diketuai oleh Tuan Haji Zon bin Huri selaku Ketua Kontinjen, dan Pengurus Kontinjen ialah Encik Sharul Baha bin Abd Rahman, yang juga Pengerusi KOPUBI Perak Bhd merangkasp Setiausaha ANGKASA Negeri Perak.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI : Latihan Kawad Perbarisan & Perarakan Hari Kebangsaan Ke-68 Tahun

Latihan raptai ini berlangsung dengan lancar dan kemas, memulakan perarakan menuju Ipoh Town Hall, di mana Pentas Diraja telah disediakan khusus untuk memberi tabik hormat kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, dan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak.

Perarakan kemudiannya disudahi kembali di Ipoh Padang, dengan peserta bersurai sekitar jam 11 pagi.

KOPUBI Perak Bhd dengan penuh dedikasi telah tetap menghantar wakil yang sama seperti sebelum ini, iaitu Setiausaha KOPUBI Perak Bhd, Saudara Haizul Fakarudin bin Mohamed Redzuan, bersama Ahli Lembaga Koperasi, Saudara Khairul Akmal bin Razali dan Saudari Aini Suryana binti Zaini.

Turut menyertai adalah Mejar Shahrulniza bin Tarmiji (Bersara), selaku anggota KOPUBI Perak Bhd. Dari Kumpulan PUBI pula, penyertaan serupa dengan latihan sebelumnya mencakupi Saudara Muhamad Zakwan bin Othman Shahrudin dan Saudara Muhammad Aidid bin Sabarudin.

Antara kontinjen yang mengambil bahagian adalah kontinjen daripada KOPUBI Perak Bhd dalam Kontinjen ANGKASA Negeri Perak, bersama beberapa koperasi lain yang berada di bawah naungan ANGKASA.

Raptai ini bukan sekadar memberi peluang kepada para peserta untuk mengasah disiplin, ketepatan dan semangat kebangsaan, malah turut memantapkan jalinan solidariti antara koperasi, serta memperkukuh tali persaudaraan sesama kontinjen lain.

Pelibatan KOPUBI Perak Bhd dalam raptai ini menggambarkan komitmen berterusan terhadap usaha memperkasakan gerakan koperasi di Negeri Perak, sekaligus menanamkan semangat kemerdekaan dan kecintaan kepada negara dalam kalangan warga koperasi.

Dengan pengalaman yang diperoleh daripada raptai penuh ini, kontinjen ANGKASA Negeri Perak diharapkan akan tampil lebih mantap, bertenaga dan berwibawa pada hari sambutan sebenar pada 31 Ogos 2025 kelak, sekali gus menyuntik inspirasi kepada seluruh masyarakat tentang semangat kebangsaan yang utuh dalam gerakan koperasi.

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #ANGKASANegeriPerak #CoopANGKASA #Merdeka

Leave a Reply