PKPB: TIADA HAD MASA UNTUK KELUAR – ISMAIL SABRI
KUALA LUMPUR: Had masa pergerakan kenderaan persendirian sehingga jam 10 malam terbatal dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dalam peraturan baharu PKPB, tidak ada had masa ditetapkan untuk pergerakan rakyat.
“Dari segi pergerakan, sudah dibebaskan antara daerah ke daerah dan sebagainya kecuali pergerakan rentas negeri.
“Jadi tidak ada had jangka masa untuk rakyat keluar kerana dalam peraturan bahariu (PKPB), tidak ada had masa,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung hari ini.
Sumber: BH Online
KOMEN TERKINI