BERSEMPENA DENGAN PROGRAM BERSAMA AGENSI KERAJAAN DUN SIMPANG PULAI 2019 YANG BERLANGSUNG PADA 14HB APRIL 2019 YANG LALU, SEBUAH PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK JUGA TELAH DIANJURKAN MELIBATKAN SEKOLAH TADIKA DAN SEKOLAH RENDAH DISEKITAR DUN SIMPANG PULAI.

Pertandingan mewarna ini adalah anjuran bersama PUBI Perak dan Pusat Khidmat ADUN Simpang Pulai.

Pertandingan ini telah dipecahkan kepada dua kategori iaitu;

1) Kategori Tadika bawah 7 Tahun
2) Kategori Sekolah Rendah bawah 10 Tahun.

Tiga Hadiah utama bagi setiap kategori Pertandingan Mewarna ini adalah seperti berikut:

TEMPAT PERTAMA = RM100
TEMPAT KEDUA = RM70
TEMPAT KETIGA = RM50

Hadiah wang tunai adalah Tajaan daripada YB Tan Kar Hing manakala hadiah saguhati oleh Coop Bank Pertama dan YPIEM.

Disamping beberapa hadiah saguhati akan menanti para peserta yang terlibat.

Seramai hampir 60 orang murid dari pelbagai sekolah telah menyertai Pertandingan Mewarna ini.

PUBI Perak telah diberi kepercayaan dan dilantik sebagai penganjur bersama program ini dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Simpang Pulai.

PUBI Perak & Koperasi juga telah membuka booth bagi menerangkan kebaikan menjadi ahli PUBI Perak serta Anggota Koperasi PUBI Perak Bhd atau KOPUBI Perak Bhd.

Tutut hadir sebagai Perasmi pada program ini adalah ADUN Simpang Pulai iaitu YB Tan Kar Hing yang juga merupakan Exco Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan Negeri Perak.

Yang Berhormat juga telah sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.

Bagi pertandingan mewarna sesi petang pula, Majlis Penutup telah dibuat oleh Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Pn Zuraidah Zakaria dan turut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.

Alhamdulillah..