KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Pada 31 Ogos 2025, Ipoh Padang menjadi saksi kepada Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan ke-68 Peringkat Negeri Perak yang berlangsung dengan penuh meriah dan bersemangat.

Seawal pagi lagi, kontinjen-kontinjen yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO), pasukan beruniform serta pencaragam sekolah telah mengambil tempat masing-masing untuk menyertai perbarisan gilang-gemilang ini.

Sebelum perbarisan bermula, Tuan Haji Mohamed Shafie bin Abd Karim, Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak hadir untuk bertemu dengan Peserta Kontinjen ANGKASA Negeri Perak dan telah menyampaikan kata-kata semangat serta motivasi kepada mereka.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI : Raptai Penuh Perbarisan Dan Perarakan Hari Kebangsaan Ke-68

Kontinjen ANGKASA Negeri Perak turut mengambil bahagian dalam perarakan tersebut, diketuai oleh Tuan Haji Zon bin Huri selaku Ketua Kontinjen merangkap Anggota Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak, manakala Encik Sharul Baha bin Abd Rahman, selaku Setiausaha Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak merangkap Pengerusi KOPUBI Perak Bhd, bertindak sebagai Pengurus Kontinjen.

Kehadiran mereka bersama barisan peserta telah menyerikan lagi penyertaan gerakan koperasi pada sambutan kali ini. Wakil KOPUBI Perak Bhd yang menyertai kontinjen ini terdiri daripada Setiausaha KOPUBI Perak Bhd, Saudara Haizul Fakarudin bin Mohamed Redzuan; dua Ahli Lembaga Koperasi, Saudara Khairul Akmal bin Razali dan Saudari Aini Suryana binti Zaini; serta Mejar Shahrulniza bin Tarmiji (Bersara) sebagai anggota KOPUBI Perak Bhd.

Dari kumpulan PUBI pula, penyertaan melibatkan Saudara Muhamad Zakwan bin Othman Shahrudin, Saudara Muhammad Aidid bin Sabarudin, Saudara Danish Shah Jahan bin Sharul Baha dan Saudara Meor Hazim bin Meor Johari.

Perarakan dimulakan dari Ipoh Padang menuju ke Ipoh Town Hall, di mana Pentas Diraja telah didirikan bagi memberi tabik hormat kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, serta Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak.

Suasana penuh warna-warni dengan kibaran Jalur Gemilang, persembahan kawad berdisiplin serta sorakan orang ramai yang membanjiri kawasan perarakan menjadikan sambutan ini lebih bermakna.

Kontinjen ANGKASA Negeri Perak turut mengambil bahagian dalam perarakan tersebut, diketuai oleh Tuan Haji Zon bin Huri selaku Ketua Kontinjen merangkap Anggota Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak, manakala Encik Sharul Baha bin Abd Rahman, selaku Setiausaha Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak merangkap Pengerusi KOPUBI Perak Bhd, bertindak sebagai Pengurus Kontinjen.

Acara perarakan turut menyaksikan kehadiran aset-aset dan kenderaan daripada agensi keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, angkatan keselamatan (ATM), serta pasukan pertahanan awam, bersama kontinjen serta pancaragam sekolah dan institusi pendidikan tinggi.

Seramai 111 kontinjen dengan 5,891 peserta mengambil bahagian, disaksikan oleh kira-kira 50,000 orang penonton yang hadir di sepanjang laluan perarakan. Perarakan kemudiannya berakhir semula di Ipoh Padang sebelum peserta bersurai sekitar jam 11 pagi.

Setelah tamat perbarisan, semua peserta diraikan oleh YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Timbalan Presiden ANGKASA, dengan jamuan makan tengah hari di Restoran Line Clear, Ipoh, Perak.

Penyertaan KOPUBI Perak Bhd dalam kontinjen ANGKASA Negeri Perak jelas menunjukkan sokongan padu terhadap usaha memperkasakan gerakan koperasi di Negeri Perak.

Ia turut melambangkan semangat kemerdekaan yang terus subur dalam kalangan warga koperasi, seiring dengan aspirasi negara untuk membina perpaduan, kekuatan dan kecintaan kepada tanah air.

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #ANGKASANegeriPerak #CoopANGKASA #Merdeka

Leave a Reply