𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗣𝗨𝗕𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗕𝗛𝗗 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗧𝗔𝗞𝗟𝗜𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 & 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗜𝗞𝗔𝗟 𝗣𝗢𝗦 𝗦𝗜𝗦𝗧𝗘𝗠 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗦𝗔

Pada 4 September 2025, wakil daripada Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad (KOPUBI Perak Bhd) telah menghadiri Taklimat Program Jualan Rahmah MADANI dan Latihan Teknikal Pos Sistem ANGKASA yang diadakan di Pejabat ANGKASA Negeri Perak.

Program anjuran ANGKASA Negeri Perak ini memberi tumpuan kepada dua pengisian utama iaitu memperkukuh kefahaman koperasi terhadap inisiatif Jualan Rahmah MADANI serta memberi pendedahan tentang penggunaan Pos Sistem ANGKASA sebagai platform digital urus niaga koperasi yang lebih efisien dan moden.

Taklimat teknikal telah disampaikan oleh En. Anwar, staf ANGKASA Negeri Perak, manakala pengisian mengenai Program Jualan Rahmah MADANI dikendalikan oleh En. Muhammad Ashraf, Pengurus ANGKASA Negeri Perak, yang menekankan kepentingan koperasi dalam memastikan keperluan masyarakat dapat dipenuhi dengan harga berpatutan sejajar dengan aspirasi kerajaan MADANI.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI : Kunjung Hormat Kopubi Perak Bhd Ke Pejabat Timbalan Presiden Angkasa

Kehadiran kepimpinan ANGKASA Negeri Perak turut menyerikan sesi ini, termasuk Tn Hj Mohamed Shafie Abd Karim (Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak), Pn Fadzilah Arshad (Timbalan Pengerusi) serta En. Sharul Baha Abd Rahman, yang juga Pengerusi KOPUBI Perak Bhd merangkap Setiausaha Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak.

Bagi pihak KOPUBI Perak Bhd, program ini turut disertai oleh En. Haizul Fakarudin bin Mohamed Redzuan, Setiausaha KOPUBI Perak Bhd, Pn. Zuraida binti Zulkepli, Penolong Setiausaha, En. Mohammad Nafis bin Zamah Sari, Ahli Lembaga Koperasi serta Pn. Jamaliah binti Md Yatim dan Pn. Nor Azlina binti Omar, Juruaudit Dalaman Koperasi.

Bagi pihak KOPUBI Perak Bhd, program ini turut disertai oleh En. Haizul Fakarudin bin Mohamed Redzuan, Setiausaha KOPUBI Perak Bhd, Pn. Zuraida binti Zulkepli, Penolong Setiausaha, En. Mohammad Nafis bin Zamah Sari, Ahli Lembaga Koperasi serta Pn. Jamaliah binti Md Yatim dan Pn. Nor Azlina binti Omar, Juruaudit Dalaman Koperasi. Penyertaan KOPUBI Perak Bhd.

Penyertaan KOPUBI Perak Bhd dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan koperasi dalam memperkukuhkan daya saing dan keupayaan teknikal ahli-ahlinya, seiring dengan hala tuju transformasi digital gerakan koperasi di Malaysia.

Melalui kolaborasi erat bersama ANGKASA Negeri Perak, KOPUBI Perak Bhd berperanan aktif dalam menjayakan usaha memperkasa koperasi sebagai pemacu ekonomi setempat, selain turut menyokong inisiatif pembangunan sosial dan kesejahteraan rakyat negeri Perak.

Program seperti ini menjadi bukti nyata bahawa hubungan sinergi antara KOPUBI dan ANGKASA terus memperkukuh ekosistem koperasi negeri bukan sahaja dari sudut teknikal dan keusahawanan, tetapi juga dalam menambah baik nilai serta daya tahan koperasi demi kemajuan ekonomi MADANI yang inklusif dan mapan.

Insyallah.

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #PJRM #ANGKASA #CoopAngkasa #GerakanKoperasi

Leave a Reply