
INFO: PANDUAN ISI eFILING CUKAI PENDAPATAN 2021 UNTUK KALI PERTAMA (ezHASiL)
Cukai merupakan salah satu sumber perolehan utama kerajaan bagi melaksanakan pelbagai projek prasarana, pembangunan, perkhidmatan dan infrastruktur demi kesejahteraan rakyat serta negara.
Pada masa sama membantu kerajaan merangka bajet negara berdasarkan jumlah cukai yang diperoleh, sekali gus menyalurkan pelbagai subsidi atau insentif kepada golongan berpendapatan rendah.
Oleh yang demikian rakyat tidak harus memandang enteng isu pembayaran cukai kerana ia akan menjejaskan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Tarikh Bayaran Pengeluaran i-Sinar Tanpa Syarat 2021
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan pembayar cukai boleh mengakses sistem e-Filing melalui portal rasmi ezHASiL LHDNM mulai 1 Mac 2021.
Bagi yang pertama kali ingin mengisi e-Filing, di sini kami kongsikan langkah-langkahnya.
SIAPA PERLU BAYAR CUKAI PENDAPATAN?
Anda layak dikenakan cukai pendapatan sekiranya anda termasuk dalam kategori berikut:
- Individu bujang dengan pendapatan tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP)
- Individu berkahwin (dengan pasangan tidak berkerja) dengan pendapatan tahunan melebihi RM46,000 (selepas potongan KWSP)
- Individu yang menjalankan perniagaan (walaupun mengalami kerugian)
- Pekerja baru yang dikenakan PCB (Potongan Cukai Berjadual)
- Individu yang mempunyai pendapatan bercukai
- Individu yang berjual-beli hartanah
Bagi individu yang TIDAK menjalankan perniagaan, tarikh akhir hantar borang cukai pendapatan telah ditetapkan pada 30hb April 2021. Bagi mereka yang menjalankan perniagaan, tarikh akhir adalah 30 Jun.
APA ITU e-FILING?
e-Filing adalah aplikasi percuma yang disediakan oleh LHDN untuk memudahkan pembayaran cukai untuk melengkap, mengira, dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui internet. Aplikasi ini boleh dicapai terus melalui laman web ezHASiL di pautan https://ez.hasil.gov.my atau melalui portal rasmi LHDN di pautan www.hasil.gov.my.
TARIKH MULA & TARIKH AKHIR HANTAR eFILING 2021
Tarikh akhir pengemukaan Borang BE Tahun Taksiran 2020 adalah 30 April 2021.
Tambahan masa diberikan sehingga 15 Mei 2021 bagi e-Filing Borang BE (Borang e-BE) Tahun Taksiran 2020.
Jika pembayar cukai mengemukakan Borang e-BE Tahun Taksiran 2020 pada 16 Mei 2021, BN tersebut akan dianggap sebagai lewat diterima.
Bagi kegagalan mengemukakan BN dalam tempoh yang dibenarkan, tindakan berikut boleh diambil berdasarkan tarikh akhir pengemukaan BN berkenaan:-
- BN selain Borang E dan Borang P
- Tindakan di bawah subseksyen 112(1) ACP 1967 / subseksyen 51(1) APCP 1967 ATAU
- Pengenaan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967 / subseksyen 51(3) APCP 1967.
- Borang E dan Borang P
- Tindakan di bawah subseksyen 120(1) ACP 1967
PANDUAN ISI eFILING CUKAI PENDAPATAN 2021 UNTUK KALI PERTAMA
Berikut adalah langkah-langkah mengisi e-Filing online melalui Portal ezHASiL.
LANGKAH 1
Layari laman web ezHASiL dan pergi ke menu Maklum Balas Pelanggan atau tekan sahaja link ni https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-MY/
Kemudian klik pada bahagian Permohonan Nombor Pin e-Filing.

LANGKAH 2
Download Borang CP55D dan isi maklumat yang diperlukan.
Selepas isi dan tandangan, scan bersama IC anda dalam bentuk PDF.
Dokumen dah sedia, klik pilihan “Seterusnya”.

Di bawah ini ialah Contoh Borang CP55D (mesti dilampirkan sekali) & CP600B (Borang ini perlu dilampirkan jika alamat surat menyurat berbeza dengan IC. Jika tidak, tak perlu lampirkan).

LANGKAH 3
Isi maklumat yang diperlukan.
Pastikan alamat emel anda tepat kerana Pihak LHDN akan menghantar nombor rujukan ke emel anda.
Dah siap isi & upload dokumen yang diperlukan, klik “Hantar” dan Pihak LHDN akan memberi Nombor Pin untuk anda membuat semakan permohonan selepas 7 hari waktu bekerja.
LANGKAH 4
Login ke Portal e-filing ezHASiL.
Cari e-BE Tahun Taksiran 2020.
Isi maklumat diri dan juga pasangan.
Jikalau anda ada pasangan yang bekerja sangat disyorkan buat berasingan kerana ada beza yang ketara.

LANGKAH 5
Masukkan butiran peribadi dan tuntutan insentif (jika ada).

LANGKAH 6
Masukkan JUMLAH PENDAPATAN anda.
Boleh dapatkan jumlah pendapatan dari “EA Form” anda.
Kalau ada rumah sewa atau side income pon boleh diletakkan disini.

LANGKAH 7
Masukkan pelepasan cukai anda. ( Ada 3 Section)
Ada extra kerana Covid19 Tax Relief. (Refer “Special for 2020)
Sila rujuk senarai pelepasan cukai penuh di sini: Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Untuk e-Filing 2021
LANGKAH 8
Semak rumusan.
Di sini anda akan tahu anda kena Tax pada kadar berapa % bergantung pada Pendapatan tolak Pelepasan Cukai ezHASiL.
Jadi sebab tu penting untuk kita simpan resit dan perbelanjaan yang boleh dituntut dalam pelepasan cukai nanti.

Dah semak, tekan Teruskan dan Hantar.
Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Maklumat lanjut berkenaan Program Memfail Borang Nyata Bagi Tahun 2021 boleh dirujuk di saluran berikut:
- Portal rasmi www.hasil.gov.my atau
- Pautan capaian pantas: http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2021_1.pdf
- Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 (Dalam Negara) / 603-8911 1100 (Luar Negara)
Pembayar cukai disarankan untuk mengemukakan Borang Nyata dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti lewat hantar Borang Nyata dan kenaikan lewat bayar cukai dikenakan.
Sumber: eCentral
Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD.
KOMEN TERKINI