KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Pada 9 September 2025, satu mesyuarat penyelarasan rasmi telah diadakan di Pejabat Penghulu Mukim Hulu Kinta (Lahat) bagi membincangkan pelbagai aspek pelaksanaan dan persiapan Program Jualan Rahmah MADANI yang dianjurkan bersama oleh KOPUBI Perak Bhd dan Pejabat Penghulu Mukim Hulu Kinta (Lahat).

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh barisan kepimpinan KOPUBI yang diketuai oleh En. Sharul Baha bin Abd Rahman, Pengerusi KOPUBI Perak Bhd, bersama En. Safuan bin Othman, Timbalan Pengerusi, En. Haizul Fakarudin bin Mohamed Redzuan, Setiausaha, serta beberapa Ahli Lembaga dan pegawai kanan koperasi termasuk Pn. Zuraida binti Zulkepli (Penolong Setiausaha), En. Mohammad Nafis bin Zamah Sari, En. Khairul Akmal bin Razali, dan Pn. Jamaliah binti Md Yatim (Juruaudit Dalaman).

Sesi perbincangan ini memberi tumpuan kepada penyelarasan teknikal dan logistik bagi pelaksanaan program yang bakal memanfaatkan penduduk sekitar Mukim Hulu Kinta, khususnya komuniti di kawasan Lahat dan sekitarnya.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI : Taklimat Pengurusan Harta Pusaka, Hibah Dan Wasiat

Antara perkara yang dibincangkan termasuklah penetapan lokasi program, penglibatan agensi kerajaan dan swasta, serta penyediaan kemudahan untuk para pengunjung semasa program berlangsung.

Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) merupakan satu inisiatif berteraskan agenda MADANI yang bertujuan meringankan beban kos sara hidup rakyat melalui penawaran barangan keperluan asas pada harga mampu milik.

KOPUBI selaku koperasi pelaksana memainkan peranan penting dalam memastikan program ini dijalankan dengan teratur, berkesan dan memberi manfaat terus kepada masyarakat setempat.

Melalui pelaksanaan PJRM ini, KOPUBI bukan sahaja menyokong dasar kerajaan dalam membantu rakyat, malah turut memperkukuh kedudukan koperasi sebagai entiti ekonomi rakyat yang aktif dan prihatin terhadap kebajikan komuniti.

Barisan kepimpinan KOPUBI yang diketuai oleh En. Sharul Baha bin Abd Rahman, Pengerusi KOPUBI Perak Bhd,

Inisiatif sebegini diharap dapat membuka lebih banyak peluang kerjasama antara koperasi, agensi kerajaan dan pemimpin tempatan ke arah memacu pembangunan ekonomi masyarakat secara menyeluruh.

KOPUBI Perak Bhd menzahirkan penghargaan kepada Pejabat Penghulu Mukim Hulu Kinta (Lahat) atas komitmen dan sokongan padu yang diberikan dalam menjayakan usaha bersama ini.

Semoga jalinan kerjasama erat ini akan terus diperkasakan melalui pelbagai bentuk program bermanfaat demi kesejahteraan masyarakat dan kemajuan gerakan koperasi di negeri Perak.

#KOPUBIPerakBhd #KoperasiUsahawan #JualanRahmahMADANI #PJRM2025 #GerakanKoperasi #ANGKASANegeriPerak

Leave a Reply