
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAKAT DI LUAR SANA.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 11 Jun 2025 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) turut bersama dalam sebuah program penuh makna, Majlis Peluncuran Penutup Hari Eksport Perak 2025 yang telah berlangsung meriah di Hotel Casuarina @ Meru, Bandar Meru Raya, Ipoh.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI : Mesyuarat Ajk Induk Pubi Perak Bil – 02/2025
Majlis ini disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan merupakan penutup kepada penganjuran program dua hari yang julung kali diadakan hasil kerjasama strategik antara Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) dan MATRADE.
Wakil PUBI Perak yang hadir bagi menyatakan sokongan terhadap inisiatif penting ini adalah Setiausaha PUBI Perak, En. Haizul Fakarudin bin Mohamed Redzuan serta Ahli Jawatankuasa, En. Aiman bin Mohd Ghazali.
Kehadiran mereka mencerminkan keterlibatan aktif PUBI dalam agenda pembangunan eksport negeri serta usaha memperluas jaringan kerjasama strategik di peringkat negeri dan kebangsaan.
Hari Eksport Perak 2025 menjadi platform berimpak tinggi yang menghimpunkan pelbagai agensi, pemain industri, dan usahawan PMKS menerusi sesi perkongsian ilmu, pameran produk dan perkhidmatan, serta peluang kerjasama rentas sektor.
Sepanjang dua hari penganjuran, pelbagai sesi interaktif dianjurkan termasuk 27 reruai pameran yang menampilkan penglibatan pelbagai pihak, menjadikan program ini sebagai manifestasi jelas komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkasa usahawan Perak untuk menembusi pasaran antarabangsa.
Rekod daripada MATRADE menunjukkan bahawa pada tahun 2024, Negeri Perak mencatat nilai eksport mencecah RM8.76 bilion, menempatkan negeri ini dalam kelompok sembilan tertinggi di Malaysia.
Lima destinasi eksport utama Perak adalah China, India, Vietnam, Indonesia dan Switzerland. Angka ini menunjukkan potensi besar yang dimiliki usahawan tempatan dalam memperluas capaian mereka ke pasaran global.
Melalui pelaksanaan Teras Program Perluasan Pasaran Produk dan Perkhidmatan Usahawan PMKS sejak 2023, Kerajaan Negeri menyasarkan lebih ramai usahawan baharu untuk menceburi pasaran eksport.

Sasaran tahun ini menetapkan sekurang-kurangnya 20 usahawan menembusi pasaran antarabangsa, dengan nilai jualan tunai diunjurkan mencecah RM2 juta dan potensi jualan sekitar RM10 juta.
Ini dibuktikan dengan kejayaan penyertaan lebih 180 usahawan Perak dalam sembilan ekspo perdagangan luar negara sepanjang tahun lalu, termasuk ke destinasi seperti Nanning, Dubai, Australia dan Selangor.
Rentetan kejayaan ini akan diteruskan dengan penglibatan Perak dalam ekspo berprestij seperti Expo Dunia Osaka 2025, Brunei Consumer Fair 2025, MIHAS 2025, SIE 2025 dan Fine Food New Zealand 2025.
Kesemua inisiatif ini memperlihatkan keberkesanan pendekatan pelaksanaan rentas portfolio yang digerakkan oleh barisan Exco Kerajaan Negeri dengan sokongan daripada UPEN, jabatan teknikal dan agensi-agensi utama.
Turut memeriahkan majlis ini adalah kehadiran YB Dato’ Salbiah Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan Negeri Perak, YB Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican selaku Pengerusi MATRADE, Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE YBhg Datuk Mohd Mustafa Abd Aziz, Pengarah STeP Encik Mohamad Rozlan bin Mohamad Razalli serta ketua-ketua jabatan dan wakil pelbagai NGO berkaitan keusahawanan.
Sebagai tanda penghargaan kepada pencapaian usahawan Perak dalam sektor eksport, sijil penghargaan turut disampaikan kepada tiga syarikat yang menunjukkan prestasi cemerlang iaitu Wei Dat Steel Wire Sdn Bhd (Kategori Syarikat Pertengahan), Imperia Asia (M) Sdn Bhd dan Q Fit Sdn Bhd (Kategori Syarikat PMKS).
Majlis ini turut diserikan dengan penyampaian sumbangan khas oleh MATRADE kepada wakil Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk mangsa kemalangan bas pelajar baru-baru ini.
PUBI Perak amat menghargai penganjuran program seperti ini yang bukan sahaja membuka ruang untuk usahawan menimba ilmu, tetapi turut memberi peluang membina jaringan dan strategi penembusan pasaran luar negara secara lebih terancang.
Semoga inisiatif seperti ini terus diperluas dan dapat melonjakkan lebih ramai usahawan tempatan ke pentas global, seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri Perak yang lebih dinamik dan mampan.
#PUBI #PUBIPerak #NGOusahawan #BantuUsahawan #ProgramKerajaanNegeri #MenteriBesarPerak #STeP
KOMEN TERKINI