KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini, pada 20 Julai 2025 (Ahad) yang lalu, Koperasi Pembangunan Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad (KOPUBI Perak Bhd.) telah dijemput sebagai penyampai sesi perkongsian dalam Program Hari Kerjaya dan Keusahawanan yang berlangsung meriah di Taman Mesra Raia, Batu Gajah, Perak.

Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Mesra Raia dengan tujuan untuk memperkenalkan peluang kerjaya dan perniagaan kepada komuniti setempat, khususnya dalam bidang keusahawanan sosial dan pembangunan koperasi.

Pengerusi KOPUBI Perak Bhd., En. Sharul Baha bin Abd Rahman telah dijemput khas sebagai penceramah jemputan dalam sesi utama program ini.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI : Sesi sharing ‘Perkongsian Pengalaman’

Beliau telah berkongsi secara mendalam berkenaan peluang dan kelebihan menjadi Wakil Pemasaran MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) di bawah seliaan KOPUBI Perak Bhd, termasuk potensi pendapatan serta pembangunan kemahiran dalam bidang pengurusan hibah, wasiat dan pusaka.

Beliau turut memperkenalkan pelbagai perkhidmatan koperasi yang ditawarkan kepada masyarakat, selaras dengan usaha KOPUBI memperluaskan jaringan serta impak ekonomi ke atas komuniti tempatan.

Program ini juga dimeriahkan dengan kehadiran wakil daripada Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP), En. Syed Omar Huzaimi yang telah menyampaikan taklimat berkenaan peranan STeP dalam membantu pembangunan usahawan muda dan komuniti mikro di negeri ini.

Turut serta ialah pihak Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) yang membuka ruang pameran bersama syarikat Eco Green dalam mempromosi amalan hijau melalui program pembelian minyak masak terpakai untuk dikitar semula.

Pengerusi KOPUBI Perak Bhd., En. Sharul Baha bin Abd Rahman telah dijemput khas sebagai penceramah jemputan dalam sesi utama program ini.

Penglibatan KOPUBI Perak Bhd. dalam program seperti ini adalah seiring dengan visi koperasi untuk menjadi peneraju dalam pembangunan keusahawanan dan kebajikan masyarakat melalui pendekatan koperasi moden yang inklusif dan bermanfaat.

Misi koperasi yang menjurus kepada pembinaan jaringan usahawan koperasi yang berdaya saing, progresif dan beretika diterjemahkan melalui aktiviti akar umbi seperti ini yang memberi impak langsung kepada komuniti.

Sebagai sebahagian daripada gerakan koperasi di Negeri Perak, KOPUBI terus mendokong aspirasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan ANGKASA dalam memperluaskan peranan koperasi sebagai penggerak pembangunan sosioekonomi rakyat.

Dengan pendekatan yang mesra komuniti, terbuka dan berfokus kepada keperluan sebenar masyarakat, KOPUBI Perak Bhd. akan terus melangkah ke hadapan dalam memupuk kesedaran koperasi, memperkasa ilmu kewangan, dan membentuk jaringan keusahawanan yang mampan di seluruh pelusuk negeri.

#KOPUBIPerakBhd #TaklimatKerjaya #UsahawanHartaPusaka #MenjanaPendapatan #Keusahawanan #HibahWasiat